Cari Blog Ini

Hujan batu timpa 30 rumah


PUCHONG – “Mulanya saya sangka ia hanya hujan lebat biasa tetapi apabila terdengar bunyi seperti balingan batu di atas bumbung, kami sekeluarga terkejut apabila mendapati yang turun adalah hujan air batu,” demikian menurut seorang penduduk Kampung Kenangan, Shamsudin Saat, 51, ketika ditemui, semalam.

Shamsudin berkata, hujan luar biasa diiringi angin ribut kira-kira jam 3.30 petang itu menyebabkan lebih 30 bumbung rumah penduduk ranap diterbangkan angin.

“Angin ribut yang kencang menyebabkan banyak pokok tumbang menghempap rumah dan kenderaan serta menghalang jalan.



“Sejak 20 tahun mendiami rumah di sini, ini kali pertama kampung dilanda hujan air batu. Kira-kira 20 minit penduduk dapat melihat ketulan sebesar penumbuk dan berbentuk kecil-kecil seperti kristal,” katanya.

Menurutnya, sebagai langkah berjaga-jaga dia yang kebetulan berada di rumah semalam memaklumkan kelam-kabut menyelamatkan dokumen penting sebelum kejadian lebih buruk berlaku.
Seorang penduduk, Siti Zabizah Ahmad, 63, berkata, dia yang berada di Gemas, Negeri Sembilan terkejut dihubungi jiran yang memberitahu bumbung rumahnya diterbangkan angin.

“Memang terkejut melihat siling rumah sudah melopong apabila bumbung diterbangkan kira-kira 50 meter dan tersangkut di rumah jiran. Malah barang termasuk permaidani habis basah terkena air hujan,” katanya.

Penduduk, Hasmah Ali­piah, 41, berkata, dia percaya kejadian banjir yang sudah berpuluh kali melanda kawasan kampung itu berikutan terletak di kawasan rendah.

“Setiap kali hujan, mesti banjir. Masalahnya air melimpah dari kawasan industri yang terletak di kawasan tinggi bersebelahan kam­pung.

“Kalau boleh saya minta pihak berkuasa bina tembok bagi menghalang air dari kawasan tinggi ke kawasan rendah,” katanya.

Sementara itu, di lokasi berasingan di Kampung Tengah, Sinar Harian difahamkan Jalan Tempinis terpaksa ditutup tiga jam kepada kenderaan apabila air dikatakan naik ke paras tinggi ketika hujan lebat petang semalam.

Dalam pada itu Ketua Umno Cawangan Kampung Tengah Baru, Kamarudin Salim berkata, dalam kejadian itu, lebih 10 rumah ditenggelami air dan laluan kenderaan ditutup bagi mengelakkan kenderaan terbabas.

Dalam pada itu, lalu lintas di sekitar Subang Jaya sesak berikutan hujan lebat dan beberapa pokok tumbang di No 77, USJ 9/4 petang semalam.

Lokasi yang terletak berhampiran kawasan angin lintang itu menyebabkan ranting pokok patah dan menumbangkan pokok di tepi jalan menuju ke USJ 9/4.

Penolong Pengarah Ope­rasi Bomba dan Penye­lamat Selangor, Mohamad Sani Ha­rul berkata, sebuah jentera dengan empat anggota serta seorang pegawai dari Balai Bom­ba Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan jam 3.16 petang.

Bagaimanapun katanya, tiada kecederaan dila­porkan.

Sumber Berita :  Harian Metro Online

Bung Moktar:Mahu Shahrizat Letak Jawatan

bung mokhtar parliament 080708 01Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
Bung Moktar (kiri) membuat komen itu ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.
“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
“Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.
Anggota parlimen Kinabatangan itu tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya,” kata Bung Moktar.

Sumber Berita :Free MalaysiaKini

Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak


NONEHarga saham Harvest Court Industries Bhd, syarikat balak yang kurang diketahui sebelum ini, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun selepas anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.
Harga sahamnya mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu.
Harga itu kemudiannya ditutup pada RM2.13. Ia adalah rekod lonjakan 48 sen atau sehingga 29 peratus sejak semalam.
The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata Nazifuddin dan rakan perniagaannya Raymond Chan dilantik antara pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober.
Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu – sehingga 1.7 peratus pada 4 November, manakala Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 peratus.
Sejak itu, harga saham melepasi RM1 dan kekal dalam senarai jumlah tertinggi untuk beberapa hari.
Nazifuddin, 28, anak kedua Datuk Seri Najib Razak dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu berpisah pada 1987 dan Najib kemudiannya mengahwini Rosmah Mansor.
Chan, ahli perniagaan yang aktif di Sabah, memiliki saham yang kukuh dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu. Nazifuddin merupakan pengerusi Sagajuta.

Sumber Berita : Free MalaysiaKini

MCA Hina Rakyat Malaysia Di Luar Negara

14 November 2011
KUALA LUMPUR, 14 NOV – Tindakan MCA yang tidak mahu membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi merupakan langkah yang terkebelakang, malah menghina rakyat.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, cadangan MCA itu melambangkan mentaliti feudal parti itu yang jelas tidak melambangkan nilai demokratik.

“Mereka (MCA) memperlakukan rakyat lebih teruk dari kanak-kanak, seolah-olah rakyat tidak tahu berfikir untuk diri sendiri dan tidak tahu apa-apa.

“Orang yang tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku di Malaysia bukanlah mereka yang berada di luar negara. Yang tidak tahu apa-apa ialah mereka berada di dalam negara dan terus mengundi Barisan Nasional kerana media di Malaysia memang dikawal ketat oleh BN,” katanya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata demikian mengulas bantahan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Ei Kim Hock yang tidak bersetuju agar rakyat Malaysia yang berada di luar negara dibenarkan mengundi.

Menurut laporan Malaysiakini, Ei dipetik sebagai berkata, “Pengundi yang menetap di luar negara tidak patut dibenarkan mengundi. Kita melihat perkara ini dengan serius kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengetahui dan tidak benar-benar memahami keadaan di Malaysia.”
Justeru Guan Eng yang juga Adun Air Puteh berkata, setiap rakyat yang memegang pasport Malaysia tetap merupakan rakyat Malaysia dan berhak untuk mengundi.

“Cadangan MCA itu sangat menghina, dan ianya perlu dikutuk. Adakah semua rakyat Malaysia yang memegang pasport Malaysia tidak setia pada negara?
“Jika begitu, mereka (MCA) patut tanya (Menteri Pelancongan MCA Datuk Seri Dr) Ng Yen Yen. Dulu beliau pernah ada status pemastautin tetap di Australia…Adakah ini bermaksud beliau bukan rakyat Malaysia?” katanya.

Sumber Berita : Roketkini.com

Guan Eng rai 'Adat Berendoi' Melayu



KEPALA BATAS - Perbezaan ideologi politik kepartian tidak pernah menghalang Y.A.B Tuan Lim Guan Eng untuk turun bertandang ke Kampung Pulau Mertajam, Penaga yang dikatakan sebagai kubu kuat pihak pembangkang.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu meraikan "Adat Berendoi" (bawah) yang menjadi salah satu kebudayaan Melayu-Islam di kediaman Datuk Ahmad Jaafar, di sini.



Selain kenduri kesyukuran dan dendangan marhaban mendoakan kelahiran baru cahaya mata, mencukur rambut dan membelah mulut (tahniq) yang menjadi sunnah Rasulullah s.a.w turut dilakukan dalam majlis berkenaan.

"Yang penting, jangan lupa untuk daftar cucu di bawah Program Anak Emas yang melayakkan cucu Datuk menerima RM100 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang," seloroh Guan Eng sambil merakamkan tahniah kepada Ahmad kerana menerima cucu kedua, Mohamad Rizki Rayyan Mohd Mustakim.



Ahmad dalam satu reaksi spontan merakamkan penghargaan atas kesederhanaan Guan Eng bertandang ke rumahnya.

"Kampung ini mungkin antara beberapa kampung yang masih meraikan adat Melayu. Sejak tahun lepas lagi, Adat (Berendoi) ini dihidupkan semula di rumah ini kerana kata orang tua-tua 'biar mati anak, jangan mati adat'.

"Walaupun kampung saya ini ramai (penyokong) Umno, datanglah selalu ke sini. Saya tidak kisah pemimpin PAS atau DAP selalu turun ke sini sebab dua cucu saya ini sendiri dibelah mulut (tahniq) oleh (PPK Penaga merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan) Ustaz Rosidi Hussain sendiri," ujar beliau semalam.

Ayah kepada Mohamad Rizki Rayyan, Mohd Mustakim Ahmad (bawah) turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana memelihara kebajikan rakyat.

"Saya rasa berbesar hati lah kerana kampung saya dikunjungi oleh seorang ketua menteri, saya ucap terima kasihlah kepada beliau (Guan Eng) kerana hadir majlis anak saya," ujar beliau.



Sebelum pada itu, Guan Eng menyerahkan RM5,000 sumbangan dari peruntukan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berupa seragam sekolah kepada 70 murid-murid terpilih di sekitar Penaga.

Beliau turut menghadiri beberapa keraian rakyat di Pusat Perlindungan Mangsa Banjir Kampung Bongor dan Kota Aur, di Penaga. -ZFY


KM diberi penjelasan mengenai pemuliharaan sungai di Kampung Pulau Mertajam



KM dekati budaya kenduri-kendara masyarakat Melayu Penaga.



MELAYU tempatan bersama KM



KEMERIAHAN kenduri-kendara.



KELAHIRAN Mohamad Rizki Rayyan diraikan.

Sumber : Buletinmutiara  

Mat Sabu : Mengapa PAS Bersahabat Dengan DAP


Wawancara wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu


 Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sudah terkenal dengan pendekatan ceramah beliau yang acap kali diselit jenaka dan sidiran tajam – salah satu kepakaran beliau.

Inilah yang membuatkan beliau sentiasa dekat dengan rakyat bawahan, selain kerap turun padang dan suka bersembang dengan mereka.

Adalah suatu lumrah alam seperti pejuang rakyat yang lain, perjalanan beliau dipenuhi ranjau dan duka serta pahit manis.

Tokoh yang popular dengan gelaran Mat Sabu yang penuh kontroversi ini, masih bertongkat akibat sikap agresif polis sewaktu bermotosikal ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Walau pun begitu, dengan pengalaman beliau yang pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan sudah beribu kali difitnah media kawalan Barisan Nasional, beliau masih selamba dan bersemangat ketika Roketkini bertemu dengannya di sebuah restoran di ibu kota selepas berbuka puasa baru-baru ini.

Hubungan PAS-DAP

Penuh santai dan selesa, dan restoran pula berkumandang didendangan pula dengan lagu-lagiu Hari Raya, perbualan kami tidak menyentuh langsung tentang Aidilfitri.

Dalam wawancara itu, antara yang disentuh adalah merayakan kepelbagaian budaya di antara DAP dan PAS – dua parti pembangkang pusat paling aktif.

Begitu pun, perbualan singkat kami penuh makna, dek kejujuran dan kenyataan beliau yang bersifat kritis tetapi lembut, langsung menyerikan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma.

Bila disoal tentang perkembangan hubungan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat, terutama di antara DAP dan PAS, Mat Sabu menjawab mudah bahawa selepas tsunami politik 2008, hubungan itu menjadi semakin akrab.

“Hubungan sangat baik sehingga diari saya penuh dengan jemputan DAP.

Saya hairan kenapa DAP gemar dengan saya. Inilah realiti yang saya hadapi,” jelasnya.

Bagaimana pun beliau masih kritikal tentang keakraban hubungan ini. “Adakah kita berpuas hati dengan hubungan baik ini?

Bagi saya, belum. Kita sentiasa harus memperbaiki lagi dari masa ke semasa.”

Ibarat berumah tangga, katanya, DAP dan PAS akan sentiasa berselisih pendapat walau bersama pendirian dalam banyak perkara.

“Inikan pula sebuah parti yang besar dengan latar belakang yang agak berlainan.

Kita sentiasa mesti mencari jalan, berusaha dan setakat ini, PAS, DAP, dan PKR bersetuju dalam dasar bila mengambil alih pemerintahan, dan membuat pembaharuan kepada rakyat Malaysia, tidak akan mengetepikan sama sekali Perlembagaan Malaysia,” sambungnya.

Menyentuh tentang hubungan peringkat akar umbi antara DAP-PAS pula, Mat Sabu mengaku berasa terkejut kerana menurutnya selama 32 tahun penglibatan dalam politik, beliau sendiri seolah-olah sudah berada di alam lain apabila melihat evolusi hubungan antara kedua-dua parti itu.

“Kalau di peringkat awal sebelum wujud hubungan erat ini, kami sendiri dalam PAS, kalau kata tengok muka Lim Kit Siang, kalau boleh tak mahu tengok langsung…

Apa beliau cakapkan kita pun tak tahu (ketawa). Tetapi bila kita damping dia, kita nampak ada sesuatu…

“Sekarang saya macam dalam alam yang lain kalau dibandingkan dulu yang mana perkauman cukup tebal.

Sekarang, rakyat boleh duduk dalam suasana yang saya andaikan kalau perpaduan ini pecah, agak sukar untuk dipulihkan,” katanya.

Menurut beliau, teras perjuangan Islam PAS melalui Negara Berkebajikan dan asas demokrasi sosial DAP mempunyai banyak persamaan untuk kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam usaha mewujudkan peluang saksama untuk semua.

Tambahnya, hanya mereka yang dangkal fikiran akan menuduh PAS menggadaikan Islam kerana Islam itu adil untuk semua umat manusia.

                                                                     ~ Budaya ~

“Dalam pilihan raya, nak ambil hati pengundi terlalu berlainan budayanya. Cina lain, Melayu lain, India lain, Kadazan lain, Iban pun lain,” katanya bila diaju mengenai perbezaan budaya antara masyarakat di Malaysia.

Dalam keadaan yang lebih khusus, beliau member contoh tentang perbezaan budaya dan amalam politik di antara PAS dan DAP di mana baginya, DAP tidak perlu banyak ahli atau banyak cawangan seperti PAS.

Katanya, kaum Cina lebih menumpukan kepada isu sementara orang Melayu lebih kepada pendekatan.

“Saya beri contoh, Ahli Parlimen kaum Melayu, dia selalu melawat kampung, pergi kenduri, ziarah orang meninggal dan di Parlimen dia tidak cakap apa pun, tetapi orang kampung boleh terima dia.

“Tidak pula dalam kalangan masyarakat Cina, mereka hendak lihat apa wakil rakyat mereka perjuangkan untuk mereka sama ada di peringkat DUN atau Parlimen,” katanya sebelum menyambung menghirup kopi.

Jadi, tambah beliau, sebaik meletak cawan kopinya, kerjasama itu perlu berterusan dengan mencampuradukkan budaya yang berlainan ini.

“(Pengerusi DAP) Karpal Singh misalnya, sebelum dia berkerusi roda. berapa kali dia balik dalam setahun ke kawasan Parlimen dia?

Tetapi rakyat tetap pilih dia, bukan sebab nak tengok dia pergi makan kenduri, melawat orang, tetapi orang nak tengok otak dia, kata-kata dia, perjuangan dia di Parlimen. Begitu juga dengan Lim Kit Siang.

“Berbanding pula dengan masyarakat Melayu, ia lebih konservatif. Inilah hasil pendekatan Kemas, pendekatan sogok duit, bantuan yang buat UMNO bertahan begitu lama,” jelasnya sedikit tegas.

Bagaimana pun, beliau tidak merujuk kepada semua Melayu, jelasnya, seperti di Kelantan, pemikiran orang Melayu di sana agak unik.

“Di Kelantan, orang yang dilihat perlu ada di Parlimen, mereka akan undi walau pun tak pernah jumpa atau bersalam atau berpeluk dengan kita,” katanya.

Tambah Mat Sabu, budaya ini yang perlu digabungkan untuk memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbeza kaum dan budaya.

“DAP perlu faham budaya orang Melayu dalam PAS, dalam UMNO, dalam PKR, dan Melayu kena faham budaya Cina dan kaum lain,” jelasnya.

Menurutnya, kadang-kadang DAP cuma ada satu cawangan sahaja tetapi boleh menang pilihan raya kerana DAP menyentuh tentang soal dasar berbanding tentang pendekatan.

“Jadi pemahaman budaya yang berbeza dan kerjasama ini, kita mesti berdasarkan dua budaya ini,” katanya.

Media

“Kata sesetengah orang, media is the new god. Tuhan baru.

Media yang menentukan arah fikiran masyarakat awam,” jelasnya bila disoal tentang peranan media yang membentuk persepsi masyarakat.

Beliau berkata orang Melayu sensitif terhadap isu agama, raja, dan isu-isu kaum Melayu sendiri.

“Sebab perkara ini telah di pupuk begitu lama sejak sebelum dan selepas Merdeka.

Misalnya ditubuhkan Askar Melayu Diraja untuk menjaga orang Melayu.

“Kemudian UMNO itu sendiri mencanang untuk jaga Melayu.

Jadi, sebarang pengurangan kuasa UMNO, dianggap sebagai pengurangan kuasa Melayu.

Perkara ini kita kena lawan sebab saluran media terutama dalam dunia ketiga, memang dikawal pemerintah,” ujarnya.

Beliau memberi contoh manipulasi media di peringkat antarabangsa mengenai kebangkitan rakyat di Syria.

“Amerika sokong rakyat untuk jatuhkan kerajaan diktator. Sedangkan di negara Arab, mana ada negara demokrasi.

Amerika tak beritahu mereka nak tumbangkan kerajaan Bashar al-Assad (Presiden Syria) kerana kerajaan itulah yang membuka tapak kepada pejuang-pejuang Palestin, Hamas, dan Hisbullah.

“Amerika nak serang bukan sebab demokrasi. Yang paling tiada demokrasi, Arab Saudi itulah, dilindungi pula oleh Amerika.

Malah difahamkan bala tentera Arab Saudi masuk ke Bahrain, membunuh rakyat Bahrain yang bangkit menentang kerajaan zalim. Tapi media tidak liputi kes ini, maka isu ini tidak jadi besar.

“Jadi, begitulah juga kita di Malaysia,” jelasnya panjang lebar, masih berlemah lembut.

Mat Sabu mengakui usaha untuk Pakatan Rakyat memecahkan persepsi yang dibentuk oleh media kawalan BN itu bukan perkara mudah.

“Saya ambil contoh di Terengganu, naik sepanduk di banyak tempat, ‘Kalau UMNO kalah, DAP akan menang.’

Padahal DAP tidak bertanding langsung di Terengganu. UMNO guna cara ini kerana dia anggap Melayu di Terengganu tidak bijak.

“Sementara kita seronok di Kuala Lumpur, dengar ceramah, pergi forum, tapi kita lupa orang di Rompin, di Baram, di Kanoit, di Jeli… Pergantungan mereka hanya kepada RTM, TV3. Semua itu berita UMNO dan BN saja yang paling baik di dunia. Ya, memang bukan mudah melawan persepsi ini.”

Melayu dan DAP

Baru-baru ini timbul isu kononnya Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Bukit Bintang yang selama ini menjadi kubu kuat DAP.

Beliau secara berhemah, menafikan akan bertanding di Bukit Bintang.

“Apa yang saya sebut dalam wawancara dengan sebuah  akhbar ialah, andai saya dipilih bertanding di Bukit Bintang, dan jika DAP tak bertanding menentang BN, saya yakin saya boleh menang di situ.

“Maksudnya, yang hendak saya sampaikan ialah, keyakinan masyarakat Cina kepada PAS,” jawabnya mudah.

Namun, beliau menjelaskan keadaannya berbeza dengan masyarakat Melayu kerana mereka belum yakin penuh dengan DAP.

Oleh itu, Mat Sabu akui sebagai rakan dalam Pakatan, PAS yang harus melipatgandakan usaha meyakinkan Melayu tentang DAP, selain usaha DAP sendiri.

Jeas beliau lagi, DAP mempunyai medium seperti lidah rasmi Rocket edisi Bahasa Melayu dan laman web Roketkini yang juga dalam Bahasa Melayu, yang boleh diperluaskan capaiannya kepada masyarakat Melayu.

“Itu salah satu usaha untuk menarik Melayu memahami DAP. Melalui medium itu, orang Melayu akan beri tumpuan bila, contohnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sahabat baik saya, memberi semula elaun kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun agama, guru KAFA, elaun imam, bilal semua naik dan kemudian beri pula elaun kepada orang hafal al-Quran,” katanya.

Jelas Mat Sabu, semua ini harus sentiasa diberi publisiti kerana perlu untuk DAP menghakis tuduhan UMNO dan rakan-rakan pelampaunya bahawa DAP bukan parti anti-Islam, bukan parti Cina.

“Media kawalan BN seperti lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia, TV3, atau RTM memanglah tidak beri liputan.

Tetapi kita yang kena bagi tumpuan lebih, sebab kalau benda ini tersebar luas kepada rakyat, orang Melayu tak akan takut lagi dengan DAP bila DAP bersama Pakatan Rakyat memerintah, mereka tak rasa apa-apa.

“Tapi kita kena kerja lebih kuat,” tambahnya.

PAS pikul beban DAP?


“Ya! Kawan-kawan dalam DAP kena faham, bila PAS kerjasama dengan DAP, kami yang menerima beban daripada DAP. Bukan kerana apa, kerana lebih 50 tahun rakyat telah didoktrinkan bahawa DAP ini kafir, DAP ini Cina, DAP ini komunis.

“Kami yang teruk menghadapi tekanan dari UMNO, Perkasa dan badan-badan lain. Kami yang kena pikul beban ni,” katanya.

Menurut Mat Sabu, perkara pertama PAS perlu lakukan ialah meyakinkan ahli-ahli sendiri dan yang kedua, meyakinkan NGO-NGO Islam dan Melayu.

Katanya, Melayu bandar tidak ada masalah mengundi DAP sebagaimana dibuktikan  pada pilihan raya umum lalu di mana DAP menang besar di di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Selain Melayu kampung, jangan lupa pula dengan Melayu yang bekerja dalam sektor kerajaan. Ini kerana mereka telah didoktrin oleh Biro Tata Negara, yang peruntukannya lebih RM500 juta termasuk Jabatan Penerangan.

“Pegawai-pegawai kerajaan ini berjumlah 1.2 juta yang mana 80 peratusnya Melayu. Kalau 70 peratus dari Melayu itu katakan Melayu UMNO, mereka boleh pengaruhi lagi keluarga mereka.
“Itu juga satu blok yang besar yang perlu kita hadapi, iaitu pegawai kerajaan,” katanya.

Kelemahan

Bila Mat Sabu mengatakan bahawa kerjasama dalam Pakatan perlu dibaiki, ini juga bermaksud ada kelemahan.

Beliau memberi contoh kebanyakan keputusan awal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dengan rakan komponen Pakatan lain.

“Contoh kalau Exco PAS nak umumkan sesuatu, kawan-kawan dalam DAP perlu dijelaskan supaya mereka bersedia dengan jawapan-jawapan. Begitu juga bila Exco DAP nak umum sesuatu, PAS perlu bersedia dengan jawapan.

“Sebab perkara-perkara sebegini akan timbul dari masa ke semasa kerana kita dalam masyarakat majmuk, berlainan agama dan budaya.

“Saya tak kata kita sembunyi perkara-perkara ini di bawah karpet tetapi kita mesti cari jalan penyelesaian,” katanya.

Tentang isu cadangan penutupan pusat hiburan di Kedah apda bulan Ramadhan, beliau berpendapat ia sebaik-baiknya dibincang di peringkat Pakatan Rakyat di Kedah.

“Beritahu dulu perlaksanannya. Tapi sebab diumumkan dulu oleh pegawai kerajaan, ia menyebabkan rakan-rakan Pakatan melenting. Akhirnya baru diberi penjelasan bahawa hanya untuk orang Islam sahaja.

“Itu pun selepas dua tiga minggu. Kita telah buang masa bergaduh kes kecil,” jelasnya.

Agama

Mengenai isu beberapa orang Melayu hadir pada majlis makan malam di gereja Metodis Damansara Utama (DUMC) di Selangor, Mat Sabu menjelaskan, PAS mengambil sikap berhati-hati kerana sedar ia adalah helah licik UMNO.

Bagaimana pun, beliau akui ada percanggahan pendapat di dalam kalangan PAS sendiri terutamanya kenyataan Pemuda PAS yang lantang “menyokong” serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap majlis makan malam itu.

Namun, jelasnya lagi. Ahli-ahli PAS tidak goyang pendirian mereka selepas diberikan penjelasan tentang perkara sebenar.

“Ada sesuatu yang istimewa dalam PAS ini. Apa-apa isu pun dalam PAS ini, bila timbul, kita dapatkan pandangan Mursyidul Am kita (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)” ujarnya.

Menurutnya, memang Pemuda PAS agak agresif dalam memberi pandangan “begitu begini” tetapi bila datang pandangan dari Nik Aziz dan Hadi, semua ahli terbuka hati menerimanya.

Memberi contoh isu penggunaan nama Allah dalam kitab Bible, Mat Sabu berkata, Nik Aziz dan Hadi telah banyak menyelamatkan keadaan di Malaysia dengan memgambil pendekatan Islam sebenar, iaitu mengetahui sepenuhnya butir-butir isu serta menanganinya dengan penuh cermat dan berhikmah.

“Bila pemimpin PAS pergi melawat gereja yang dibakar, dan jumpa paderi, dan ceritakan pula di negara-negara Arab, orang Kristian menggunakan nama Allah, jadi perkara ini mudah diselesaikan.

“Padahal kalau mereka hendak tiupkan semangat pergaduhan, memang senang ketika itu. Tetapi inilah Islam yang diamalkan oleh PAS demi keamanan dan kesejahteraan semua.”

Kisah dua sahabat

Mat Sabu mengkagumi Lim Guan Eng kerana sama prinsip dengan beliau sendiri, iaitu menentang rasuah dan penyelewengan serta mengambil sikap sederhana.

“Saya kagum dengan kesederhanaan beliau terutama dalam menjaga wang rakyat, berjimat cermat, dan dia tidak pernah mengatakan this is my right.

Misalnya hak dia untuk naik kapal terbang business class, hak dia untuk tukar kereta baru, hak dia untuk duduk di rumah kerajaan.

“Itu adalah hak beliau, tapi beliau tidak guna hujah-hujah itu.

Malah beliau setiasa bersederhana dan guna wang rakyat untuk rakyat, serta saya nampak pendapatan yang bertambah terutama RM88 juta pada tahun pertama memerintah dan pada tahun kedua RM77 juta, tanpa ada hasil-hasil balak dan hasil-hasil lain.

“Maknanya dia dapat menambah pendapatan melalui pengurusan. Ini yang saya rasa kagumlah. Nak kata puas hati 100 peratus, tidak,” katanya sambil ketawa.

Jelasnya lagi, bila sahabatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk memerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah laksanakan cara itu setakat ini.

Guan Eng telah secara tidak langsung menunjukkan dasar DAP melalui kerja-kerja kuat beliau menjaga wang rakyat, ujarnya.

“Ini juga memang prinsip saya dan saya sokong prinsip beliau, iaitu amat tidak suka dengan rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Secara berseloroh, Mat Sabu berkata beliau lebih berharta daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, dan selepas lebih tiga tahun Guan Eng mentadbir negeri, beliau masih tidak kaya-raya.

Mat Sabu melihat Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang tidak ada penyelewengan sama sekali.
“Setakat yang saya tahu lah. Yang saya tidak tahu, wallahualam.

Maksudnya, saya nampak ini sebuah kerajaan yang baik dan beliau juga berjaya mendisiplikan kakitangan kerajaan, sehingga hampir semua majlis perbandaran yang dulunya rugi, sekarang sedang dan telah membuat keuntungan.

“Ini langkah baik yang saya akan bersama menyokong,” jawabnya.

Beliau mnejelaskan, DAP telah mengatasi jauh UMNO-BN dari sudut menjaga hak dan kebajikan orang Melayu dan Islam.

“Kalau yang apa bekas Ketua Menteri Pulau Piang Koh Tsu Koon lakukan dahulu, ternyata DAP sudah jauh ke hadapan, terutamanya dalam Jabatan Kerja Raya, lebih 90 peratus Melayu dapat projek secara sah dan berhak.

“Dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, lebih 80 peratus.

Dalam Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang, 100 peratus. Cuma yang tak dapat UMNO, itu yang mereka bising,” katanya.

Bagaimana pun, jelasnya, untuk memenuhi cita-cita Pakatan Rakyat untuk memberi keadilan dan peluang sama rata kepada semua rakyat yang susah, usaha perlu dipertingkatkan lagi.

“Sekarang ini tidak ada publisiti, yang ada cuma yang buruk sahaja dalam media kawalan BN.

“Tetapi membantu masarakat Melayu terutamanya mengenai penyediaan rumah kos rendah, ini mestilah dipertingkatkan lagi oleh kerajaan Pulau Pinang supaya tidak dituduh bahawa mereka yang mampu membeli rumah tinggi sahaja boleh berada di Pulau Pinang.

“Ini kita kena ingat, kalau penggal kedua nanti, jika diberi kuasa oleh rakyat lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti tumpukan hal ini.

Pembinaan rumah kos rendah mesti diperbanyakkan,” jelasnya mengakhiri perbualan kami.

Sumber Berita : Roketkini.com


Penjelasan : Kerjasama PAS Dan DAP





1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untukmenanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa  "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.

4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman.

Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.

6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah.

Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].

7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:

Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :

  شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم

Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .
 
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193

Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam .

Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .

Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah .

Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah .

Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .

Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah .

Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .

Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.


Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab .

Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .

8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :
Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000.

Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya !

Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama.

Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit.

Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu.

Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam.

Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ?

bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ?

Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ?

atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ?

Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab :
ضربني و بكى شتمني واشتكى
Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu .

Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini.

Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.

10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ?

bukankah UMNO  menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal  ? :

Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.

UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.

Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen.

Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?

Kerjasama PAS dan DAP: Satu Penjelasan

Sumber Berita : Harakahdaily

MANGSA KEZALIMAN ISA HARGAI BANTUAN HARAKAH



KUALA LUMPUR: Sekretariat Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aiman Athirah Al Jundi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tabung Rayuan Mansuh ISA Harakah yang menyumbang kepada Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes Himpunan Mansuh ISA yang berlangsung pada 1 Ogos 2009 lalu. Beliau berkata, kesemua tertuduh melibatkan 29 orang dan 20 orang daripada mereka menetap di luar Kuala Lumpur. Malah katanya, di antara OKT itu seramai lima orang benar-benar dihimpit kesusahan sehingga mereka menukar kepada pengakuan bersalah.

"Kesemua mereka mengaku bersalah disebabkan masalah kewangan dan selepas itu kami berbincang dan semua perbelanjaan sepanjang perbicaraan ditanggung. Selepas itu katanya, lima OKT itu menukar semula kepada pengakuan tidak bersalah.

"Alhamdulillah, akhirnya penyelaras Tabung Rayuan Mansuh ISA, yang juga Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Ohtman menghulur bantuan kepada kami," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Harakah, Rabu lalu. Katanya, ini menunjukkan tabung berkenaan bukan sahaja untuk digunakan bagi kes membebaskan tahanan ISA tetapi dalam semua urusan bagi membantu mangsa-mangsa ISA.

"Dari sini kita nampak bantuan tabung meliputi semua akpek termasuk kebajikan tertuduh dan sememangnya mereka yang dibicarakan memerlukan dana," katanya.

Atas keprihatinan Harakah itu katanya, orang ramai sewajarnya terus tampil menghulurkan sumbangan kepada tabung tersebut.

Sementara itu Himpunan Mansuh ISA anjuran pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti-parti politik pada 1 Ogos 2009 yang diadakan di ibu negara seramai 29 orang ditahan, melibatkan lima perempuan dan 24 Lelaki termasuk OKT bawah umur ditahan.

Pimpinan yang ditahan termasuk Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi, pimpinan Wanita KeADILan, Salmah Ismail dan Aktivis GMI Narshita Mohd Noor dan Norlela Osman. Prosiding perbicaraan berlangsung sejak tahun 2009 sehingga Kini.

Menurut Athirah, perbicaraan yang berlangsung pada 17 hingga 19 Januari lalu yang diadakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, akan bersambung pada 24 hungga 25 Mac daan 18 hingga19 April depan.

Dalam pada itu, kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan kepada Tabung Rayuan Mansuh ISA, boleh salurkan sumbangan tersebut kepada HARAKAHDAILY DOT COM akaun Maybank: 564070000336.


Sekretariat Mansuh ISA, Aiman Athirah Al Jundi yang juga salah seorang OKT Kes Himpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009 menerima sumbangan kewangan daripada Pengawai Khas Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Khairul Hartimi Mohd Tajuddin untuk membantu mengurus perbelanjaan harian beberapa OKT sepanjang perbicaraan baru-baru ini. Perbicaraan kini telah masuk tahun ke-3.


Sebahagian daripada 29 OKT bagi perbicaraan kes Himpunan Mansuh ISA sedang diberi taklimat oleh salah seorang peguam yang mewakili kes, Zul Hazmi pada hari perbicaraan yang berlangsung baru-baru ini dari 17-19 Januari 2011 di Mahkamah Sesyen Jenayah 13, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Sumber Berita : Harakah.net

Terus Salur Sumbangan Dana Muslimat

KUALA LUMPUR: Program jelajah semarak Ramadan gandingan Dewan Muslimat PAS Pusat dengan unit Editorial Harakah diteruskan walaupun Syawal telah berakhir. Sumbangan hampir RM50,000 diterima. Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof menjejaki golongan kurang bernasib baik di Kalabakan, Sabah, baru-baru ini.

Beliau diiringi Bendahari DMPP, Aida Yusof Rawa; Pengarah Pilihan raya, Amizan Baharuddin dan Setiausaha, Che Azlina Che Harun. “Kami juga akan mengagihkan baki dana kepada masyarakat memerlukan di Sarawak pula,” katanya. Sumbangan itu, tambahnya, dihulurkan kepada anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sepanjang bulan Ramadan, unit editorial Harakah dan DMPP mengagihkan dana Ramadan ke pada fakir miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, sekolah tahfiz, pesakit di hospital di seluruh negara.

“Kami juga akan mengagihkan sedikit sumbangan kepada masyarakat India yang kurang bernasib,” kata Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika ditanya bantuan sempena perayaan Deepavali. Beliau mengharapkan derma ikhlas terus disalurkan ke dalam akaun Maybank 564025400533, atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat.

~ HARAKAH



CERIA: Siti Zailah bersama keluarga yang diziarahi dan diberi sumbangan di Rantau Panjang. 
 
Sumber Berita : Harakah.net
 

Harakah Bantu 6 Keluarga India


SEREMBAN: Sempena sambutan Deepavali baru-baru ini, Harakah menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan makanan kepada enam keluarga beragama Hindu yang kurang bernasib baik, di sekitar Seremban dan Senawang.

Seramai tiga keluarga dikumpulkan di Pusat Khidmat Dun Paroi, dan tiga lagi disampaikan terus di rumah masing-masing. S Girija, 56, ibu tunggal yang buta mata kiri, tidak bekerja dan mempunyai 7 anak, dan tidak mendapat sebarang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. K Rukumani, 55, ibu tunggal, berpenyakit asma dan tinggal sebatang kara. Beliau perlu dibantu untuk menampung pembedahan mata kirinya.

Turut menerima sumbangan, pasangan suami isteri V Murugiah, 43, dan I Gauri, 40. Murugiah tidak mampu bekerja sejak terlibat kemalangan jalan raya, mengakibatkan kaki kiri patah dan pendek 10 sentimeter. Cuma Gauri bekerja dan menanggung keluarga termasuk seorang anak berusia 13 tahun. Girija, Rukumani, Gauri dan Murugiah melahirkan rasa terharu kepada Harakah kerana sumbangan itu.

~ HARAKAH



Wartawan Harakah Negeri Sembilan, Faiz Abdullah (kiri) menyampaikan sumbangan Bilik Berita Harakah kepada S Girija, K Rukumani, I Gauri dan V Murugiah.
 
 

Sumber Berita : myharakah.net

BN Makan Wang.....Bukan Nasi

 

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Drs Khalil Idham Lim menyifatkan kerakusan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) membolot projek bernilai berjuta-juta ringgit dan menyelewengan dana yang diberi menyerlahkan sifat gelojoh mereka.

“Mereka ni (pemimpin-pemimpin BN) sungguh menyusahkan rakyat dan seolah-olah mereka bersarapan dengan wang dan bukan makan nasi,” katanya dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada FMT.

Beliau merujuk kepada skandal terbaru melibatkan peruntukan dana sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu di Gemas, oleh  syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Khalil Idham, memandangkan Pilihan Raya Umum ke 13 semakin hampir maka disitulah medan yang paling berkesan untuk membakul sampahkan BN yang selama ini menyusahkan rakyat.
“Malaysia perlu diselamatkan dari cengkaman pemimpin Umno-BN yang khianat agar rakyat boleh mengecapi sinar keadilan dan kemakmuran yang sekian lama diharapkan,” kata beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri Perak.

Beliau berkata, “(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak hanya diam membisu sedangkan wang tersebut telah dirompak begitu sahaja oleh pemimpin ‘haprak’ BN, nilai wang ini jika diikutkan boleh membantu ramai rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesempitan hidup.

“Ironinya penjelasan Shahrizat bahawa keluarganya berhak mendapat projek mega berkenaan dan ini sedikit sebanyak telah menzahirkan bahawa pemimpin BN ini kurang bijak. Malah lebih dahsyat dari itu mereka (BN) tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya perompak.

Beliau menambah, “sudahlah projek dana awam ini terbengkalai dengan menanggung kerugian, lebih menyedihkan rupa-rupanya keadaan sebenar lebih teruk dari sangkaan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan ternakan lembu, kini digunakan pula untuk membeli kondo mewah bernilai jutaan ringgit.

“Mungkinkah lembu-lembu yang diternak di Malaysia sudah ada yang berkelulusan tinggi sehingga layak tinggal di kondo mewah?,” sindir beliau.

Katanya, disinilah kita dapat lihat bagaimana jelas pemimpin BN tidak bijak mentadbir negara, bukan sahaja tidak bijak, mahu perbodoh rakyat pula dengan memberi hujah yang langsung tidak masuk akal bila sesuatu skandal didedahkan.

“Mejoriti rakyat mahukan perubahan kepimpinan negara tetapi Umno-BN yang mahu terus berkuasa walaupun dengan apa cara sekalipun termasuklah melakukan stategi politik yang paling jijik di dunia,” ujarnya.

Sumber Berita : Free Malaysia Today

Alasan Banjir:Kenaikan Harga Barang Mendadak

 
KUALA LUMPUR 14 Nov : Kerajaan memberikan alasan harga barang yang naik disebabkan faktor cuaca seperti banjir dan gagal menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Rantau Panjang di dewan rakyat.
Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan tidak menjawab pertanyaan beliau berkenaan usaha kerajaan mengatasi harga barang yang semakin tinggi di musim perayaan dan tindakan yang telah diambil.
“Saya tanya apakah kerajaan bercadang menarik balik subsidi yang diberi kepada syarikat korporat seperti penjana tenaga bebas (IPP) sebanyak RM19 bilion sedangkan rakyat memerlukan subsidi terutama untuk barang makanan harian untuk mengurangkan beban mereka,” katanya di sidang media di Parlimen hari ini.
Namun Timbalan Menteri, Datuk Tan Lian Hoe sebaliknya menjawab faktor cuaca yang tidak dapat dielakkan serta musim tengkujuh menyebabkan harga barang naik dan langsung tidak menyentuh subsidi korporat yang dibangkitkan.
Zailah berkata, rakyat kini semakin terbeban ekoran berhadapan dengan sesi persekolahan dalam masa terdekat dan disamping mendapat lebih tekanan ekoran musim tengkujuh dan menyebabkan ada rakyat yang hilang punca pendapatan.
Katanya lagi antara faktor kenaikan harga barang adalah disebabkan sistem monopoli yang berlaku dalam Negara menyebabkan tidak berlaku persaingan harga seperti beras, minyak dan gula.
Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan alasan menteri tersebut memalukan.
“Itu bukan satu jawapan untuk memperjelaskan tindakan yang dibuat kerajaan seperti dibangkitkan. Dia hanya memberikan alasan kepada apa yang berlaku di luar Negara iaitu banjir,”
“Dia tak boleh bersandar dengan apa yang berlaku di luar Negara. Kita yang menguruskan harga dalam negara jadi ini menjadi tanggungjawab kita,” kata beliau.
Menurut Mahfuz isu kenaikan harga barang telah lama dibangkitkan dan bukan selepas banjir yang berlaku di Thailand tersebut.
“Jawapan tadi bersifat memalukan dan jelas kerajaan tidak ada satu agenda yang jelas apa langkah yang harus diambil,”
“Kita menuntut kerajaan menambahkan lagi subsidi barang makanan sebab setakat hari ini subsidi makanan hanya RM3.25 bilion sahaja. Jadi terlalu kecil berbanding dengan subsidi kepada IPP,” katanya.

Sumber Berita : KeadilanDaily.com

Lagi Cawangan Umno akan Dibubar Kan


PERMATANG PAUH:Cawangan Umno Batu Lima dalam bahagian Permatang pauh bakal di bubarkan menjelang pilihan raya umum ini,kata bekas ketua cawangan,Talib Ibrahim.

Ekoran pemecatan dan fitnah yang di leparkan kepada DS Anuar,banyak program Umno cawangan itu gagal terlaksana akibat kekurangan aktivis berpengalaman.

Kata beliau lagi,banyak ahli yang aktif lari meninggal kan umno untuk bersama PAKATAN RAKYAT.Pakatan Rakyat mampu memain kan peranan yang lebih berkesan untuk membantu rakyat khusus nya masyarakat MELAYU Pulau Pinang yang di pinggirkan oleh Umno sejak 50 tahun diperintah oleh Umno.

Cawangan Batu Lima yang pernah saya pimpin akan berkubur tak lama lagi.Ini berikutan ramai ahli sudah muak kepimpin umno kerana banyak penipuan. 

Justeru itu,beliau berharap ahli Umno yang sudah sedar tentang penipuan Umno dan BN agar tampil kehadapan menyumbang kan bakti kepada rakyat melalui PAKATAN RAKYAT.

Perjuangan Pakatan Rakyat yang ikhlas tidak macam Umno yang lebih mementingkan saku sendiri,UJARNYA.

Sumber Berita : Harakah (11-13 Nov)

Mat Sabu:Risiko Gelombang Bersih 3.0


PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera membersihkan daftar pemilih yang kotor sebelum menjalan kan pilihan raya umum ke13,kata Timbalan PRESIDEN PAS Mohamad Sabu.
 
Jika SPR dan kerajaan Najib enggan,mereka harus bersedia menghadapi gelombang himpunan aman BERSIH 3.0.PAS menyokong himpunan ini untuk diadakan dalam masa terdekat atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Mohamad Sabu,lapan tuntutan itu:

1) Mendesak SPR membersih kan daftar pemilih.

2) Merefomasi kan undi pos.

3) Penggunaan dakwat kekal.

4) Akses media bebas dan adil.

5) Tempoh kempen minima 21 hari.

6) Merefomasi kan institusi awam.

7) Menghentikan rasuah.

8) Menghentikan politik kotor.

Jelajah BERSIH yang sudah bermula di perlis beberapa bulan lalu turut mengadakan dialog selain mengadakan kutipan amal bagi membiayai kempen tersebut,kata Mohamad Sabu.

Memorandum lapan tuntutan yang telah di serah kepada yang dipertuan AGONG dan kerajaan sejak tiga bulan lalu.

Namun sehingga kini tiada maklum balas di terima.

Sumber Berita : Harakah (11-13 Nov)

Hilang pekerjaan di sebalik operasi Rapid Penang

 
Hilang pekerjaan di sebalik operasi Rapid Penang | Print |
BUTTERWORTH, 14 Nov: Setakat hari ini seramai 92 orang telah hilang pekerjaan apabila Rapid Penang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu, kata Pegawai Perhubungan Perusahaan (TWU), Musa Abdullah.

Tambahnya, monopoli laluan oleh Rapid Penang menyebabkan sekurang-kurangnya dua buah dan dua lagi syarikat bas yang telah lama beroperasi terpaksa gulung tikar sekaligus menutup periuk nasi pekerjanya sendiri.

"Kemunculan Rapid Penang bukanya mimpi indah untuk mereka yang bersaing dalam bidang berkenaan sebaliknya 'nota berhantu' kerana ia menambah angka pengangguran di negeri ini,"  ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Bagan Luar, Butterworth semalam.
Bagi beliau, sepatutnya Rapid Penang membeli syarikat yang diketogarikan sedang mengalami ketenatan serta menggunakan semula perkhidmatan pemandu lama yang penuh dengan pengalaman bukannya bertindak mengadakan temuduga yang luar biasa ketika ingin mencari pemandu Rapid Penang.

Lima syarikat tersebut ialah Milan Travel yang telah menutup operasinya sejak 2007, Syarikat Sam Lion Omnibus Co Sdn Bhd (31 Ogos 2011), bakal berbuat demikian ialah United Traction Co Sdn Bhd (15 November 2011) dan Lean Hock Bus Co Sdn Bhd (31 Disember 2011).

Menurutnya, manakala yang masih bertahan ialah Syarikat Bas Butterworth-Kulim dan Rangkaian Setia Berhad, itupun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Jelas Musa seterusnya, Menteri Penggangkutan tidak boleh lepas tangan terhadap kejadian tersebut sebaliknya wajar memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan.

Sebanyak 40 buah bas milik Syarikat Milan Travel  menutup terus operasi mereka pada tahun 2007,  Sam Lian Omnibus yang beroperasi dari Butterwrth-Parit Buntar dan Bukit Mertajam-Parit Buntar melibatkan 15 orang dengan pampasan RM222,747.20.

Syarikat United Traction Co Sdn Bhd melibatkan 51 orang pekerja dengan pampasan sebanyak RM697,054.85 dan pada bulan Disember nanti, Lean Hock Bus Co Sdn Bhd akan menutup operasi yang melibatkan wang pampasan sebanyak RM53,139 yang membabitkan 26 pekerja.

"Semua jumlah pampasan terhadap 92 orang itu hampir sejuta, satu angka yang tinggi," tegas beliau.

Sumber Berita : http://www.harakahdaily.net

Azizah:Ingatkan Kerajaan S’gor Supaya Berhemah Berbelanja


NONEPresiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan kerajaan Selangor supaya berhemah dalam berbelanja ekoran peningkatan hasil yang cukup baik seperti diumumkan dalam belanjawan negeri baru-baru ini.

“Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23 peratus) dan hasil bukan cukai (40.12 peratus) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.

“Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri perlu berhemah dalam berbelanja,” katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Azizah bagaimanapun memuji simpanan tunai Selangor yang kini mencecah RM 1.2 bilion – jumlah tertinggi sejak 28 tahun.

Katanya, jumlah itu harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang mencecah RM 400 bilion.
“Jumlah hutang ini amat membimbangkan; tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara-negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah,” katanya.

Sumber Berita : Free MalaysiaKini

Undi Pos:Mahkamah benar 6 warga di luar negara cabar SPR

Enam rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir pada pilihan raya umum akan datang, hari ini diberikan kelulusan untuk membuat semakan kehakiman oleh Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.
Ini berikutan tindakan SPR yang diwakili oleh Pejabat Peguam Negara tidak membuat sebarang bantahan berhubung permohonan semakan kehakiman itu.
azlanSehubungan itu, hakim, Datuk Rohana Yusuf menetapkan 13 Disember sebagai tarikh pengurusan kes manakala 3 Januari tahun depan pula bagi mendengar permohonan berkenaan.
Beliau membuat keputusan itu selepas peguam Edmund Bon memberitahu mahkamah pihak peguam Kanan Persekutuan (SFC) Amarjeet Singh mewakili SPR tidak mengemukakan sebarang bantahan berhubung perkara tersebut.
Dalam permohonan itu, enam pemohon iaitu, Teo Hoon Seong seorang doktor, V Vinesh seorang jurutera elektrik, Paramjeet Singh seorang usahawan, Yolanda Sydney Agustin seorang doktor, Sim Tze Wei seorang penterjemah dan arkitek perisian Leong See See, menamakan SPR sebagai responden.
Mereka yang menetap di United Kingdom itu, antara lain memohon satu deklarasi bahawa mereka sebagai warganegera Malaysia yang menetap di luar negara adalah berhak didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir.
Mereka juga memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan SPR melalui surat bertarikh 9 September lalu, yang tidak mendaftarkan mereka sebagai sebagai pemilih tidak hadir.
Selain itu, mereka juga memohon perintah mandamus bagi mengarahkan SPR untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi tidak hadir, dan perintah lain yang perlu bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir atau pengundi pos pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber Berita : MalaysiaKini

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin :Rakyat M’sia paling gemuk di kalangan negara Asean

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.
“Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes,” katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.
Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.
“Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan,” katanya.
NONEMengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.
“Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan,” katanya.
- Bernama

 Sumber Berita :Free MalaysiaKini

Kereta Ketua Srikandi PKR Dicuri, DOKUMEN PARTI HILANG


Kereta milik ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Shaikh Ismail hilang dipercayai dicuri semalam.
Menurut Harakahdaily, kereta jenis Proton Waja berwarna perak itu disedari hilang pada jam 7 pagi semalam setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.
Siti Aishah Shaik Ismail, ketua srikandi pkr“Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi.
“Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi,” katanya kepada Harakahdaily.
Berikutan kehilangan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.
“Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.
“Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kereta tersebut,” katanya sambil menegaskan beliau tidak mahu menuduh sesiapa.
Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, mengapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan kejadian berlaku berhampiran dengan balai polis.
Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting berkenaan.
“Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Siti Aisyah.

Sumber Berita : Free MalaysiaKini

NFC:Demi Selamat Kan Shahrizat


Perdana Menteri,Ds Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh Omar berbohong kepada rakyat dalam usaha menangkis kritikan terhadap kegagalan dan penyelewengan lebih RM250 Juta Projek Fidlot Kebangsaan (NFC).

Membabit kan Suami dan Anak-Anak Ketua Wanita Umno,Shahrizat Jalil,Rafizi Ramli mendedah kan kos purata mengimport,menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor.

NFC juga memberi diskaun harga jualan daging sebanyak RM2,964,555 kepada Real Food Campany Sdn Bhd (RFC) yang mengendali kan restoran mewah Meatworks miliki keluarga Shahrizat.

Rafizi mendedah kan rekod kewangan NFC menunjukan semua RM250 Juta telah disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.

Rekod kewangan NFC menunjukan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil pada tahun 2008.

Pada 31 Mac 2009,NFC membuat "DRAWDOWN" kedua berjumlah RM120 juta yang dimasuk kan terus ke akaun Maybank milik NFC.

31 Dis 2008 dan 31 Dis 2009,NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta tahun 2008 dan RM11 juta tahun 2009.

Pada 1 Nov,Perdana Menteri memberitahu Parlimen hanya RM181.9 Juta daripada peruntukan RM250 Juta disalurkan kepada NFC,syarikat milik shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita,keluarga dan Masyarakat.

Noh Omar pula pada 31 Okt lalu berkata RM250 Juta kepada NFC belum di salurkan sepenuh nya.

Syarikat itu sepatutnya membekal 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya hanya mampu membekal kan 8,016 ekor lembu.

Sumber Berita : Harakah (11-13 Nov)

Melaka:Monorel RM15.9 Juta Kerap Rosak,Lagi Wang Rakyat Di Habiskan


SATU LAGI PROJEK KEBANGGAAN KETUA MENTERI MALAKA,ALI RUSTAM.
MALAKA MONOREL YANG BERNILAI RM15.9 JUTA,BUKAN SAHAJA GAGAL TAPI MEMALUKAN APABILA KERAP ROSAK SEHINGGA OPERASINYA DI HENTIKAN BARU-BARU INI.

LEBIH TRAJIS DUA PELANCONG ASING YANG TERPERANGKAP TERPAKSA DI BAWA TURUN MELALUI KREN.

MONOREL MELAKA  ADALAH DI ANTARA BEBERAPA PERKARA YANG PELIK YANG DI BINA DI MELAKA,SELAIN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA YANG TIADA KAPAL TERBANG DAN JARANG DI GUNAKAN.

MENURUT TIMBALAN PESURUHJAYA PAS (3) PAS MELAKA,SOFI WAHAB,TIADA MONOREL LAIN DI DUNIA YANG KERAP KALI PENUMPANGNYA TERPAKSA TURUN MENGGUNAKAN TANGGA DAN KREN DI TENGAH PERJALANAN KERANA KEROSAKAN DENGAN DI BANTU OLEH AHLI BOMBA.

DUA PELANCONG WARGA BRITAIN TERSEBUT TERPERANGKAP SELAMA 20 MINIT DI DALAM GERABAK GARA-GARA PERKHIMATAN MONOREL TERHENTI SECARA TIBA-TIBA.

SEKALI LAGI WANG RAKYAT DI HABIS ATAU DI BAZIRKAN KERANA TINDAKAN KERAJAAN NEGERI YANG MELAKSANA KAN PROJEK TANPA MELAKUKAN KAJIAN MENYELURUH DAN GAGAL MENGENAL PASTI KEPERLUAN RAKYAT.

MELAKA MONOREL YANG BERNILAI 15.9 JUTA BERMULA SEJAK SETAHUN LALU DAN PERNAH DI HENTI KAN SEBANYAK TIGA KALI AKIBAT MASALAH TEKNIKAL DAN OPERASINYA.DAN DI HENTIKAN DUA HARI BARU-BARU INI.

Sunber Berita : Harakah (11-13 Nov)

Disihir Guna Gambar Dalam FB

IRA (tengah) ditemu bual oleh wartawan Kosmo!, Suhana Md. Yusop sambil diperhatikan oleh Shamsuri Shafie di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.

NILAI – Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
 
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

“Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

“Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

“Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
“Bagaiman
apun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,” ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

 Harian Metro Online

Awas!!! Sihir kini menular melalui Facebook



KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Perubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Kelantan, Zaki Ya berkata, pada zaman alam siber ini, jin boleh juga merapati manusia melalui internet atau gelombang termasuk laman sosial ‘facebook’.
“Sebelum ini, saya pernah merawat satu kes orang terkena sihir yang meracau-racau secara tiba-tiba ketika berada di hadapan komputer semasa melayari internet.


“Beberapa hari lalu, saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang bapa yang mahu anaknya dirawat setelah setahun tidak mahu ke sekolah dan bapa tersebut mengesyaki ada jin yang menyihir anaknya melalui talian internet,” katanya semasa ditemui di Klinik Rawatan Islam dan Tradisional (Rawatid) Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, di sini.
Zaki berkata, bapa terbabit menceritakan dalam SMS itu anaknya akan mengamuk setiap kali ibu bapanya menghalang dia bermain internet, malahan anak berkenaan juga pernah mengancam akan membunuh diri jika dihalang.
Beliau berkata, pesakit itu belum ditemuinya dan perawat Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ akan membantu anak berkenaan supaya pulih semula.
Dalam pada itu, katanya, dianggarkan 60 peratus rakyat di negeri ini masih mempercayai bomoh melalui perubatan tradisional, sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan ajaran agama.
Menurutnya, walaupun zaman berubah, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih mempercayai bomoh dan tukang sihir.
“Berdasarkan pengalaman kami sebagai perawat, dianggarkan 60 peratus rakyat di Kelantan mencari bomoh terutama ketika mereka mengalami gangguan atau mengesyaki ada penyakit. Amalan dan budaya menemui bomoh ini masih tinggi di kalangan orang Kelantan, malahan majoriti bomoh itu mengamalkan ilmu daripada Thailand dan segelintirnya adalah bomoh Melayu,” katanya .
Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM Kubang Kerian, Dr Wan Nudri Wan Daud berkata, pihaknya mengadakan Rawatid yang membolehkan 13 kakitangan USM bakal memperoleh sijil pada majlis konvokesyen bidang itu pada 23 Disember depan.
“Kami membantu pesakit di wad mendapatkan rawatan Islam berdasarkan permintaan keluarga setelah pesakit itu tidak dikenal pasti penyakitnya atau perlu segera diselamatkan daripada gangguan jin atau sihir,” katanya.


Harian Metro Online

SEMBILAN KEMENTERIAN TERLEBIHBELANJA RM3.73B


SEMBILAN KEMENTERIAN TERLEBIHBELANJA RM3.73B

KUALA LUMPUR, Oct 24 —  Sembilan kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan peruntukan operasi keseluruhan tahun lepas. Terlebih belanja sejumlah RM3.73 bilion, menurut Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini.




Kementerian itu termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Laporan itu  menyatakan  bahawa  berbelanja  di beberapa kementerian  itu  tidak dapat dielakkan kerana aktiviti tambahan dan tidak berjadual pembayaran.


Menurut peraturan-peraturan kewangan, perbelanjaan hanya boleh dilakukan jika peruntukan kewangan yang diluluskan mencukupi. Audit memeriksa mendapati bahawa kaedah ini tidak diikuti oleh beberapa kementerian yang telah terlebih belanja selain apa yang telah diperuntukkan sepenuhnya. Ini  menunjukkan  bahawa  masih  terdapat  kelemahan  dalam perancangan  dan pengurusan perbelanjaan walaupun isu initelah sering dibangkitkan, kata laporan itu.
Laporan itu  juga mendapati  75 kes  berbanding  perbelanjaan  dalam  14  kementerian  yang berbeza dari segi bayaran perkhidmatan dan bekalan berjumlah RM306.01 juta.

Terdapat juga 17 kes dalam tempoh lapan kementerian tahun lepas di mana peruntukan sebanyak RM98.8 juta pada tidak dibelanjakan.
Kementerian Kesihatan sudah dicemari dengan tuduhan memberi RASUAH kepada 2 buah hospital di Jalan Pudu kerana diserang oleh 'water canon' FRU semasa BERSIH 2.0 dahulu.
Kelik di sini : Sumber . Adakah ini semua yang melibatkan terlebih belanja????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.