Cari Blog Ini

Semakin Sukar Promosikan Malaysia Di Pentas Dunia, Kerana Isu 1MDB, Kata Adik Najib


Semakin sukar promosikan Malaysia di pentas dunia, kata Nazir Razak
[tmi]- Mempromosikan Malaysia di pentas dunia sekarang menjadi lebih sukar kerana kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan isu-isu lain, tegas Datuk Seri Nazir Razak.

Pada profil Instagram beliau, pengerusi CIMB Group itu menyiarkan gambar pada 1992 bersama rakan-rakannya di London, di mana beliau buat pertama kali mengikuti pameran bergerak mengenai pelaburan.

"Saya mempromosikan Malaysia untuk masa yang lama dan ia tidak pernah menjadi lebih sukar daripada apa yang berlaku sekarang kerana 1MDB dan isu-isu yang lain," katanya, sambil menambah beliau akan berkongsi pentas dengan Profesor Danny Quah pada Persidangan Tahunan Pelabur CIMB London di London, Isnin ini.

Nazir, yang merupakan adik bongsu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah berulang kali melontarkan kritikan ke atas syarikat milik penuh kerajaan itu yang dibebani hutang RM42 bilion dalam tempoh 6 tahun sejak penubuhannya.

1MDB adalah idea Najib dan perdana menteri juga menjadi pengerusi lembaga penasihat syarikat itu.

Najib juga dikritik susulan derma politik berjumlah RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Pengkritiknya, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesak beliau meletak jawatan manakala pembangkang baru-baru ini membentangkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat.

Sabtu lalu, Nazir memberitahu Reuters ketidaktentuan politik yang dihadapi kerajaan pimpinan abangnya merupakan kebimbangan terbesar bagi pelabur asing yang melihat kepada Malaysia sebagai negara Asia Tenggara yang stabil satu masa dulu.

Beliau berkata, "isu utama bagi Malaysia" ialah mengembalikan reputasinya sebagai negara yang mempunyai kestabilan politik.

"Lebih cepat kita berurusan dengan isu yang menyelubungi 1MDB ini, lebih baik," katanya dipetik sebagai berkata.

Walaupun beliau tidak pernah menyebut tentang Najib, namun Nazir berkali-kali mendesak supaya siasatan yang lebih telus dan cepat ke atas syarikat pelaburan kontroversi itu.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan tentang kejatuhan nilai ringgit dan kelembapan ekonomi yang melanda Malaysia, dengan menggesa kerajaan menjelaskan isu-isu yang berkaitan.

2 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Blogger berkata...

Are you looking for free Twitter Followers?
Did you know you can get them AUTOMATICALLY AND TOTALLY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.