Cari Blog Ini

Debat 1MDB : Tak Wajar Kenakan Syarat Pada Tony Kata Shafie Apfdal



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak seharusnya dihalang daripada menyertai debat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apfdal berkata, ini termasuklah meletakkan syarat kepada Tony agar meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) jika mahu debat diteruskan.

“Perdebatan ini merupakan satu perdebatan yang kemungkinan besar kita akan dapat maklumat, Jadi kalau nak letakkan syarat, saya berpandangan itu tidak wajar.

“Tidak harus ada syarat diletakkan kepada mana-mana pihak untuk kita cari kebenaran.

Walaupun beliau (Tony) mempunyai maklumat ekslusif sebagai ahli PAC, kita tak patut letak syarat pada beliau untuk hadir debat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut beliau, apa yang lebih penting ialah orang ramai dapat mendengar kebenaran dalam isu 1MDB yang menimbulkan kontroversi.

“Kita galakkan debat dilakukan tanpa syarat dan rakyat keseluruhannya mengetahui maklumat berhubung kait dengan 1MDB. Kita nak cari kebenaran, jadi kita tak patut bimbang.


                 Tony: Saya kecewa syarat Pandikar

[sinar]- Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempertahankan pendiriannya bahawa debat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy tidak melanggar peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, Tony berkata, beliau akan meminta penjelasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin hari ini berhubung keputusannya menghalang debat tersebut.

“Saya amat kecewa kerana saya menjemput Arul Kanda berdebat untuk membawa kebenaran kepada orang ramai.

Tetapi hari ini Speaker pula letak syarat supaya saya tarik diri sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Esok selepas sesi soal jawab dalam jam 11.30 pagi, saya akan minta penjelasan Speaker bahawa debat ini tidak melanggar peraturan mesyuarat.

"Saya baca peraturan 23 dan 85... saya tidak tahu peraturan mana yang saya langgar dan yang sebut saya perlu letak jawatan sebagai ahli PAC,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Pandikar menggesa Tony meletakkan jawatan sebagai ahli PAC sekiranya mahu meneruskan debat dengan Arul Kanda.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya sedia undur jika debat 1MDB tak ikut syarat]

Menurut Pandikar, tindakan Tony mahu berdebat melanggar peraturan dewan kerana kedudukannya sebagai ahli PAC.

Mengulas lanjut, Tony berkata, beliau langsung tidak akan menggunakan maklumat PAC dalam soalannya kepada Arul Kanda.

“Saya sudah sediakan 10 soalan untuk Arul Kanda. Tiada maklumat yang dibincang dalam PAC dalam soalan saya.

“Semua soalan itu langsung tak langgar peraturan mesyuarat asalkan maklumat yang saya perolehi bukan dari PAC,” katanya.

1 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.