Cari Blog Ini

Veteran Umno Sanusi Junid Dakwa Melayu Sanggup Jual Maruah Sendiri


Veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, orang Melayu tidak seharusnya menyalahkan mana-mana pihak dengan keadaan yang dihadapi mereka sekarang. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama Tan Sri Sanusi Junid bertajuk ‘Perpaduan: Mengapa kita masih keliru’ di Kompleks Karangkraf di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 6 Oktober, 2015.

[tmi]- Orang Melayu hari ini ramai tidak mengendahkan maruah mereka sendiri, malah ada yang sanggup menjual maruah mereka, kata veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Berucap dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog bersama Tan Sri Sanusi Junid bertajuk "Perpaduan: Mengapa kita masih keliru" di Kompleks Karangkraf di Shah Alam hari ini, beliau berkata, Melayu juga tidak seharusnya menyalahkan mana-mana pihak dengan keadaan yang dihadapi mereka sekarang.

"Melayu dah tidak kisah sangat... sekarang kita makin kurang Melayu, Sekarang maruah kita pun dah tak peduli. Ramai orang kita sekarang yang jual maruah.

"Kita tak boleh sokong kawan, kita harus sokong prinsip.

Pada pandangan saya, kalau kita tak gabungkan Melayu dengan Islam, kita tak ada harapan dah," katanya.

"Kita kena buat sampai orang teringin Melayu nak buat menantu dia, Semua orang yang dapat menantu Melayu bangga dia dapat menantu Melayu."

Beliau berkata, sejarah membuktikan orang Melayu hanya akan bersatu apabila mereka berasa dihina.

"Jangan kita salahkan orang kerana malangnya nasib kita, peluang kita cukup banyak.

"Melayu dah terhina apabila PAS dan Umno berkawan balik, Kita bersatu bila kita dihina, Dihina British, jadi semuanya dihina, Sekarang kita ada pengalaman kalah," katanya.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata, untuk Melayu kembali dihormati seperti suatu ketika dahulu, mereka perlu berjaya dalam kehidupan mereka.

"Tetapi bila Melayu sekarang dalam keadaan susah bagaimana kita nak mengharapkan orang Cina menghormati kita.

"Ramai orang Melayu berpangkat tinggi isteri dia Cina, ada masalah? Tidak ada, Ada keluarga saya yang berkahwin dengan Cina.

"Bererti kalau kita nak orang Cina hormat kita, kita mesti berjaya," katanya.

Beliau berkata, komuniti Melayu hari ini merasakan seolah-olah mereka tidak dipedulikan sedangkan hakikatnya mereka tidak mempunyai kepentingan untuk komuniti lain.

"Selama ini saya lihat orang kita dalam kegagalan, bila orang tak peduli dekat kita, kita marah, Sedangkan mereka tidak ada kepentingan kepada kita," katanya.

                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.