Cari Blog Ini

Tweet Palsu Dan Fitnah : Guan Eng Lapor Polis



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan membuat laporan polis setelah mendakwa dirinya difitnah menerusi laman Twitter berhubung fatwa pembesar suara di bahagian luar masjid dan surau di negeri itu hanya boleh diguna untuk azan dan iqamat.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan satu pembohongan dengan menggunakan namanya untuk menghasut sentimen perkauman dan agama bagi mencetuskan huru-hara di Pulau Pinang.

“Saya tidak pernah tuit atau keluarkan kenyataan, lebih-lebih lagi membabitkan agama Islam, Ini adalah palsu dan fitnah ke atas saya.

“Susulan itu, satu laporan akan dibuat supaya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas ke atas individu yang cuba mencetus keadaan huru-hara di negeri ini,” katanya, pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tuit menggunakan namanya dalam Twitter tertulis ‘Larangan pembesar suara di masjid & surau dlm P Pinang muktamad.

Mereka yang tak setuju tak layak tinggal dalam negeri ini. Sila keluar!’

Ini berikutan notis fatwa bertarikh 1 September lalu daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengenai kebenaran menggunakan pembesar suara masjid dan surau untuk azan dan iqamah sahaja.

                         

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.