Cari Blog Ini

Tuduhan Merampas Markaz Milik PAS : Kami Bukan Rampas Kata Timbalan Pengerusi AMANAH Johor


Amanah: 'Kami bukan rampas'
[sinar]- Tuduhan Pas terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) Johor sangat berniat jahat, meskipun mengetahui pemilik asal tiga markas di Pontian, Bakri dan Kota Tinggi terbabit mewakafkan kembali bangunan itu  kepada Amanah.

Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, istilah merampas sama sekali tidak berlaku dan tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi diwakafkan oleh pemilik asalnya yang masih hidup.
Dr Dzulkefly Ahmad.

“Pada saya tidak wajar mengatakan kami merampas, ungkapan itu sangat berniat jahat kerana tuan tanah yang diwakafkan di Bakri, Pontian dan Kota Tinggi diperoleh daripada pemiliknya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dr Dzulkefly AhmadJelas Dzulkefly lagi, seperti mana yang berlaku di Kota Tinggi, bangunan itu milik bekas Yang Di Pertua Pas Kota Tinggi.

“Memandangkan beliau kini adalah Pengerusi Amanah Kota Tinggi, bangunan itu di wakafkan semula kepada Amanah kerana itu adalah haknya,” katanya.

Malah katanya, Amanah menghormati keputusan yang diambil pemilik asal markas Pas di Tenggara yang mengambil keputusan mewakafkan semula bangunan itu kepada Pas.

“Pemilik asal mengubah keputusan dengan memberi semula bangunan itu kepada Pas dan kami hormati keputusan itu,” katanya.

Justeru, Dzulkefly berkata, Pas perlu lebih hati-hati memberi kenyataan selepas ini kerana tidak wajar menggunakan ungkapan (merampas) sedemikian.

“Daripada berpuluh-puluh markas Pas di Johor, Amanah memiliki tiga sahaja. Adakah ini dikatakan merampas.

Pemilik asalnya masih hidup dan wajar rujuk kepada mereka dan tidak menyalahkan Amanah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, Amanah telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan ‘harta sepencarian’ di Johor.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan melihat keperluan bagi membincangkan isu bangunan dan harta bersama itu.

Katanya, perkara itu tidak sewajarnya menjadi isu dan boleh dirunding secara baik bersama kedua-dua belah pihak.

“Saya syorkan kedua-dua belah pihak duduk berbincang menyelesaikan isu ini,” katanya.

Jawapan AMANAH Keatas Tuduhan Merampas Markaz Milik PAS Kawasan Tenggara, Johor

1 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.