Cari Blog Ini

TPPA : NGO Doctors Without Borders (MSF) Beri Amaran, Harga Ubat Akan Naik



[mk]- NGO Doctors Without Borders (MSF) memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang selesai dirundingkan semalam akan menyebabkan kenaikan mendadak ke atas harga ubat.

Selain itu, MSF juga bimbang TPPA akan menyebabkan pesakit sukar mendapat akses kepada rawatan untuk penyakit kritikal.

Laporan Aljazeera America menyebut, MSF serta beberapa badan kemanusiaan antarabangsa lain menjangka jutaan pengidap penyakit kritikal seperti HIV, hepatitis C, Ebola akan terjejas secara langsung daripada TPPA.

Badan berkenaan memberi amaran, TPPA memberi kesan langsung kepada industri farmaseutikal kerana syarikat ubat sukar membangunkan ubat berdasarkan kajian sedia ada.

Hal ini kerana TPPA akan melanjutkan tempoh yang membenarkan sesebuah pengeluar ubat menyekat pengeluar ubat lain daripada memperolehi data kajian mereka.

Para pengeluar ubat besar, yang digelar 'big pharma' dilaporkan mahu diberi tempoh eksklusif sehingga 12 tahun untuk mendorong inovasi produk mereka.

MSF menyifatkan rundingan tersebut sebagai “rundingan perjanjian perdagangan paling buruk dalam sejarah untuk akses perubatan di negara membangun”.

Rundingan TPPA di antara AS dengan 11 negara Asia Pasifik itu, yang dijalankan secara sulit selama berbulan-bulan lamanya, akan mengawal 40 peratus daripada ekonomi dunia.

1 ulasan:

mansor berkata...

dont worry ahmad maslan akan cakap harga ubat naik adalah baik supaya orang jaga kesihatan...dan fully supported by Nazri Aziz....kikikikikik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.