Cari Blog Ini

Tiada Parti Baharu, Tiada Perpecahan Dalam PKR - Azmin



Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya perpecahan dalam PKR serta kuasa ketiga di kalangan ahli-ahlinya yang membentuk parti baru.

''PKR kukuh dan kita bersatu, Apabila kita bersatu, tidak ada kuasa ketiga atau kuasa kelima seperti yang didakwa.

''Hanya ada satu parti, satu kepimpinan dan kita bercakap dengan satu suara, '' katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini Khamis.

Pada Rabu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di laman Facebook beliau bahawa beliau tidak akan terkejut jika ada perpecahan dalam PKR dan jika sebahagian daripada ahli-ahlinya membentuk sebuah parti baru.

Katanya, beliau percaya ini akan berlaku kerana parti itu tidak diuruskan dengan baik, Azmin ditanya mengenai komen Khalid dan sama ada dakwaan kuasa ketiga dalam PKR adalah benar.

Beliau berkata, Khalid bukan lagi ahli PKR justeru beliau perlu meninggalkan perkara-perkara berkaitan parti.

''Dia orang luar, Jadi jauhkan diri dari PKR.

Kita tahu bagaimana untuk menguruskan sendiri parti kita, Azmin juga berkata, PKR kini lebih kukuh di bawah kepimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Sudah tentu kita menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan dengan krisis ekonomi dan kepimpinan.

''Tetapi kita mampu menghadapi cabaran-cabaran ini sebagai satu pasukan di bawah kepimpinan Dr Wan Azizah, '' katanya.

Khabar angin telah bertiup kencang  mengenai perpecahan dalam PKR, selepas penyokong Azmin, yang juga timbalan presiden, kononnya membentuk satu pakatan kerana tidak berpuas hati dengan pengumuman spontan Presiden Dr Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan.

Petisyen telah dihantar oleh 25 ahli parti menuntut mesyuarat Majlis Tertinggi untuk membincangkan pengumuman yang telah dibuat.

Petisyen itu ditandatangani oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Lee Hoy Sian, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei, ADUN Kampung Medan Haniza Talha, ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong, ADUN Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.