Cari Blog Ini

Rakyat Tertekan Nilai Ringgit Terus Menyusut


gambar fail
Ringgit Malaysia terus diniagakan lemah berbanding Dollar Amerika apabila unit tempatan itu berada pada 4.42 bagi setiap satu USD, setakat jam 11 pagi tadi.

photo 1Keadaan ringgit yang terus menjunam itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat yang menyifakan ia sangat memberi kesan kepada keadaan ekonomi semasa.

Bagi kakitangan kerajaan, Alissala Thian, 29, berkata ringgit susut melepasi RM4 berbanding dolar Amerika yang sangat menjejaskan isi rumah akibat kenaikan harga makanan dan keperluan lain.

“Pelbagai kenaikan harga barang berlaku tanpa disedari orang ramai.

Sudah tentu rakyat tertekan dengan perkara ini selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berharap penubuhan Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mampu memperkenalkan sebahagian langkah kerajaan bagi mengatasi krisis ekonomi negara.

Sementara itu, Asyraf Fauzi, 22, berkata sudah tiba masa untuk kerajaan menyelesaikan beberapa isu dalaman yang didakwa menjadi punca kejatuhan nilai ringgit.

“Tidak pernah dalam sejarah negara masalah politik, ekonomi dan kejatuhan ringgit berlaku serentak, namun itu hakikat hari ini.

Oleh itu, beberapa isu dalaman yang turut menjejaskan sentimen selain keyakinan perlu diselesaikan,” katanya.

photo 2Dia turut kesal kerana keadaan ringgit yang terus jatuh menyebabkan percutiannya ke Eropah hujung bulan ini terganggu.

“Setakat ini, tukaran mencapai RM5 bagi Euro.

Pening juga bila memikirkan kerana semua sudah ditempah awal,” katanya.

Pada 2 Oktober lalu, Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata ringgit dijangka diniagakan pada kadar 4.40 hingga 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan berikutan prestasi dagangan yang positif sejajar harga komoditi lebih stabil.

Katanya, tekanan akibat kelemahan harga komoditi dijangka reda pada bulan akan datang seperti dipaparkan melalui kestabilan harga minyak mentah.

Unit tempatan itu turut mencecah paras 4.4770 berbanding dolar iaitu terendah sejak Januari 1998 ketika krisis kewangan Asia sebelum naik kepada 4.4540.

Namun, ia turut rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain berbanding pound sterling pada 6.6834/6977 daripada 6.6699/6868 minggu lalu dan susut berbanding euro kepada 4.9224/9323 daripada 4.8784/8900, pada 2 Oktober lalu.

selangorkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.