Cari Blog Ini

PERKASA Dan PAS Jalin Kerjasama


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan kerjasama antara PAS dengan Perkasa melibatkan 3 perkara, iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-raja Melayu berkenaan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 13 Oktober, 2015.
Demi kepentingan Melayu-Islam, Perkasa dan PAS jalin kerjasama
[tmi]- PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) hari ini memeterai kerjasama secara terbuka membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan kerjasama antara parti Islam itu dengan Perkasa melibatkan 3 perkara, iaitu menyambut baik titah Majlis Raja-raja Melayu berkenaan isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, PAS dan Perkasa menggesa pihak berkuasa membebaskan bekas ahli Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan peguamnya, Matthias Chang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma 2012, serta meminta Putrajaya benar-benar telus dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Kami memandang berat penggunaan Sosma yang disifatkan penyalahgunaan kuasa dan boleh memberi kesan kepada kestabilan negara dan bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," kata Hadi pada sidang media bersama Perkasa di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

"Isu TPPA adalah isu kepentingan rakyat dan negara, dan pihak kerajaan tidak harus bersandiwara dan hendaklah berlaku setelus-telusnya," kata Hadi.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, kerjasama antara kedua-dua mereka itu bukan setakat sekitar membabitkan kepentingan Islam tapi melangkaui kepentingan rakyat Malaysia sepenuhnya termasuk aspek keselamatan dan sebagainya.


      Isu 1MDB: Pas, Perkasa 'bergabung' gesa tubuh RCI

[sinar]- Dalam perkembangan yang boleh dianggap 'sejarah', Pas dan Perkasa hari ini berada di pentas sama untuk menzahirkan kebersamaan dalam tiga perkara utama yang menjadi tumpuan hari ini.

Tiga perkara itu ialah dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tindakan ke atas bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Mattias Chang serta isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membacakan kenyataan media bersama susulan pertemuan yang diadakan NGO itu dan Pas.

"Pas dan Perkasa menyambut baik titah Raja-Raja Melayu mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Susulan titah Majlis Raja-raja, maka Pas dan Perkasa memohon ampun perkenan Majlis Raja-raja agar mengarah kerajaan menubuhkan (Suruhanjaya di Raja (RCI) mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

"Mengesa pihak berkuasa membebas peguam Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah tahanan Sosma.

"Selain mendesak kerajaan supaya benar-benar telus dan tidak bersuara mengenai TPP.

Isu TPP haruslah isu kepentingan rakyat dan negara dan pihak kerajaan tidak harus bersandiwara dan hendaklah berlaku telus dan setelusnya," katanya.

Terdahulu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bersama deligasi Perkasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Abdul Hadi dan pimpinan Pas di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, di sini.

1 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.