Cari Blog Ini

Penganalisis Hairan Kerajaan Benar TOL Naik



[sinar]- Penganalisis politik melahirkan rasa hairan kepada kerajaan susulan tindakan membenarkan konsesi-konsesi tol di negara ini menaikkan kadar tol sedangkan rakyat sedang dihimpit beban yang pelbagai termasuk kos sara hidup yang tinggi.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, kerajaan sepatutnya memikirkan jalan untuk mengurangkan beban rakyat dan menangani masalah kenaikan kadar tol tersebut.

“Dalam keadaan sekarang, saya agak hairan, bagaimana kerajaan membenarkan pemegang konsesi menaikkan kadar tol ketika rakyat berdepan dengan masalah ekonomi...tekanan ekonomi sekarang.

“Memang kerajaan kena fikirkan bagaimana isu ini dapat ditangani supaya rakyat yang terlibat dengan penggunaan lebuh raya ini tidak merasa tertekan terutama buat golongan yang berpendapat rendah,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sebanyak 11 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa esok.
      
Bagaimanapun, Plus Malaysia Berhad dalam kenyataan memaklumkan bahawa kadar tol di semua lapan lebuh raya kendaliannya akan kekal pada ketika ini.

Ketika diminta mengulas soal kenyataan Kementerian Kerja Raya yang dilaporkan berkata, kadar tol bagi bas akan kekal dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, beliau menepis kenyataan tersebut.

“Menteri memang mudah cakap tapi dengan tahap kecekapan pengangkutan yang ada pada hari ini...yang tidaklah begitu cekap berbanding dengan negara-negara maju lain seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom malah Singapura, bagaimana kita nak lihat peningkatan peratusan penggunaan pengangkutan awam?

“Kerajaan perlu fikirkan soal rangkaian ini. Bagaimana nak menyambung rangkaian pengangkutan awam ini supaya memudahkan lagi untuk mereka menggunakan sistem pengangkutan yang ada,” katanya.

Namun katanya, meskipun kadar tol dinaikkan dan rakyat terpaksa mengeluarkan belanja lebih, beliau tidak menjangkakan peningkatan peratusan penggunaan pengangkutan awam secara mendadak akan berlaku.

“Saya tidak fikir akan meningkat mendadak walaupun mereka berdepan dengan tekanan ekonomi kerana rakyat mahu keselesaan juga.

Mereka juga mahu cepat sampai ke destinasi,” katanya.

Sementara beliau menjangkakan antara inti pati Belanjawan 2016 yang bakal mencuri perhatian rakyat minggu hadapan adalah pecahan hasil Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurutnya, rakyat bakal menanti apa inisiatif kerajaan dalam membantu mereka mengurangkan beban hidup terutama bagi sektor-sektor pendidikan, ekonomi dan kesihatan.

Kadar Tol Naik : Lihat Perbandingan Harga Lama Dan Baharu, Beserta Peratusan

1 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.