Cari Blog Ini

PAS Selangor Tolak Kerjasama Dengan PERKASA



[tmi]- Tidak sampai 24 jam selepas PAS dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) dilaporkan memeterai kerjasama membabitkan isu yang menyentuh kepentingan Islam dan Melayu, ia menerima 'tentangan' dari dalam parti Islam itu sendiri.

PAS Selangor dalam satu kenyataan malam tadi berkata ia tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kerjasama antara dua pihak itu melibatkan 3 perkara.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar A Samad berkata, walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional (BN) dengan mereka yang menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS, "tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman".

"Seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digembleng untuk berdepan dengan penyelewengan dan salah guna kuasa BN," katanya.

Petang semalam, Hadi berkata, PAS dan Perkasa setuju bekerjasama dalam 3 perkara, iaitu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Iskandar yang juga naib presiden PAS berkata, pihaknya menerima penjelasan daripada PAS Pusat mereka hanya menerima kunjungan hormat daripada Perkasa dan tiada persetujuan dicapai untuk menjalinkan kerjasama.

"Mereka membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, Sosma dan TPPA.

Tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan media," katanya dalam kenyataan itu.

Pada masa sama, setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut menjelaskan lewat malam tadi, kedua-dua pihak yang bertemu di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam hanya bersetuju mengenai 3 isu itu saja.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob berkata Samsuri menafikan PAS ada kerjasama rasmi dengan Perkasa, yang diketuai Datuk Ibrahim Ali, dan pertubuhan pelampau itu hanya membuat kunjungan hormat kepada Hadi saja.

Sehubungan itu, Zainulfaqar berkata, Amanah perlu mencari jalan supaya tiada kunjungan hormat daripada Perkasa pula untuk bertemu dengan pemimpin utama yang lain dalam Pakatan Harapan.

"Ini kerana, usaha membawa masuk PAS ke dalam Pakatan Harapan masih berlaku, sehingga kini, dan niat itu cuba dimurnikan pemimpin tertentu PAS sendiri," katanya.

Sekiranya hendak mementingkan "politik kekuasaan" seperti Perkasa yang mesra dengan Umno dan PAS, majoriti rakyat akan pertikai integriti politik kita, kata Zainulfaqar.

                    

1 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.