Cari Blog Ini

PAS Bakal Hilang Pengundi Jika Bentuk Kerjasama Dengan PERKASA


Iskandar-Samad_pas_perkasa_600
Pas rugi enggan kerjasama dengan Perkasa
[fmt]- Keengganan Pas menjalin sebarang bentuk kerjasama dengan Perkasa bakal merugikan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Samad bahawa Pas enggan bekerjasama kerana Perkasa membawa sentimen perkauman telah menyinggung perasan pengundi Melayu.

Katanya, kenyataan Iskandar itu bakal memberi kesan kepada Pas apabila pengundi Melayu tidak menyokong parti itu pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, katanya, ahli-ahli Perkasa bebas memilh mana-mana calon sama ada parti kerajaan atau pembangkang pada pilihan raya.

“Iskandar adalah pemimpin sebuah parti di Selangor. Parti ini sepatutnya menjaga perasaaan orang lain terutamanya perasaan pengundi kerana Pas akan bertanding dalam pilihan raya.

“Kenyataan dia (Iskandar) yang menyatakan bahawa Perkasa membawa sentimen perkauman menunjukkan sebenarnya dia tak pernah mendampingi Perkasa, tidak mendalami perjuangan Perkasa, tidak pernah tahupun tentang Perkasa,” katanya kepada FMT.

Abu Bakar berkata, perjuangan yang dibawa Perkasa adalah melibatkan perkara-perkara yang temaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Iskandar membuat kenyataan itu kerana mendakwa media tersilap lapor bahawa Pas dan Perkasa setuju untuk menjalinkan kerjasama membabitkan isu nasional tetapi tidak melibatkan kerjasama politik.

Persetujuan itu dicapai selepas Perkasa diketuai Datuk Ibrahim Ali melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa.

Abu Bakar berkata, Naib Presiden Pas itu sepatutnya tidak boleh menafikan laporan yang dibuat kerana media berada di tempat pertemuan itu.

“Dia tidak boleh nafikan kenyataan media kerana media berada bersama Presiden Perkasa dan Presiden Pas membuat kenyataan akhbar .

Dia tidak boleh menafikan. Wartawan ada kat sana,” katanya.

PAS Selangor Tolak Kerjasama Dengan PERKASA

                   

1 ulasan:

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.