Cari Blog Ini

Najib Khianati Umat Islam Jabat Tangan PM Israel


gambar fail
[mk]- Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu minggu lalu dianggap "pengkhianatan" kepada usaha umat Islam antarabangsa memberi tekanan dan meminggirkan negara itu, kata PAS.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata tindakan Najib itu ibarat dua orang kawan bersalaman seperti tiada apa yang berlaku, sedangkan rakyat Palestin kini sedang terkepung di Masjidil Aqsa mempertahankan tanah suci diceroboh oleh Israel.

MP Temerloh itu juga menganggap Najib gagal mengambilkira sensitiviti konflik yang semakin meningkat khususnya di Palestin termasuk reaksi keras Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang membatalkan Perjanjian Oslo dalam ucapannya di PBB.

"Ucapan kritikan perdana menteri yang menuduh Israel melakukan kekejaman nyah-kemanusiaan secara sistematik, kini dilihat tidak lebih daripada satu gimik politik yang dibayangi oleh insiden berjabat tangan tersebut.

"Ia menghantar isyarat bahawa Malaysia sebenarnya memandang remeh terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin serta melemahkan premis rasmi penentangan negara terhadap Israel," kata Nasurudin dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas tindakan Najib bersalaman dengan Netanyahu ketika terserempak secara kebetulan ketika pemimpin Isreal itu sedang menunggu keretanya di pintu masuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu.

Najib dilapor menafikan dakwaan beliau mengadakan pertemuan dengan perdana menteri Isreal itu, sebaliknya bertembung selepas Netanyahu selesai memberi ucapan dan kemudiannya diikuti ucapan beliau selepas itu.

"Bukan saya jumpa... terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja.

Ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya.

Sehubungan itu, Nasrudin berkata PAS akan mendesak Najib memberi penjelasan rasmi di parlimen berhubung perkara itu dan parti itu akan memulakan usul mencela tindakan beliau berjabat dengan perdana menteri Israel.

Katanya, walau apa pun alasan yang diberikan oleh perdana Menteri, tindakan Najib bertemu Netanyahu tidak sepatutnya berlangsung sama sekali dan wajib dikecam.

"Apa yang pasti, bukan sahaja kepimpinan perdana menteri di dalam isu domestik telah gagal malah beliau juga gagal membuat penegasan terhadap polisi luar negara yang sepenting ini.

"Sesungguhnya kegagalan perdana menteri kali ini berganda-ganda," katanya sambil menambah bahawa PAS kecewa dengan penyokong Umno menyambut Najib ibarat hero sekembali dari New York.

Akhbar The Times of Israel Puji Najib Kerana ‘Mesra’ Israel

1 ulasan:

mansor berkata...

isunya bila Najib bela Islam atau UMNO bela Islam.....tanya ahli sejarah Prof Ramlah Adam siapa rasmikan kilang Carlsberg dkt Shah Alam tu....Khalid Samad ke atau pemimpin UMNO..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.