Cari Blog Ini

Mufti Pahang Takut Jumpa DAP !


Mufti Pahang disaran contohi Saidina Ali berdialog dengan ‘musuh Islam’
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman perlu berdialog dengan pemimpin Melayu-Islam DAP dalam mencari penyelesaian isu khutbah politik, sesuai dengan usul fiqh dalam Islam sebelum memfatwa sesuatu hukum.

Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BiPPA) AMK Malaysia, Wan Ji Wan Hussin, berkata ketidaksediaan Dr Abdul Rahman berbuat demikian boleh memalukan umat Islam kerana melabel DAP dengan tuduhan berat.

“Sudah pasti, ia perlu diselesaikan dengan ilmiah dan berfakta. Wajib bagi mufti berdialog dan berhujah dengan DAP untuk memastikan sejauh mana kebenaran di sebalik dakwaan DAP sebagai ‘musuh Islam’,” katanya pada facebooknya hari ini.

Pada 2 Oktober lalu, Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Raja Puji mengajak Jabatan Mufti negeri itu mengadakan perbincangan secara berhemah bagi mengelakkan isu teks khutbah memfitnah parti itu, berlarutan hingga merugikan umat Islam.

Beliau bercadang membuat temu janji bagi mengurai kekusutan sekaligus mengelakkan ia berlarutan ke mahkamah tetapi Dr Abdul Rahman menolaknya dengan memberi bermacam-macam alasan.

Sebelum ini, teks khutbah sempena sambutan AidilAdha di Pahang berbaur politik dan berunsur fitnah apabila menuduh ‘DAP menentang Islam’ yang ketara mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam.

Wan Ji berkata, Dr Abdul Rahman perlu sedia mengambil sikap Saidina Ali menghantar wakil untuk berhujah dengan puak Khawarij yang mahu melakukan pemberontakan supaya merosakkan imej agama Islam.

“Jika Saidina Ali boleh berdialog dan menyampaikan hujah jitu dalam berhadapan dengan pemberontakan, sudah pasti tidak wajar pihak mufti tidak bersedia berhujah dan berdialog dengan DAP.

“Malah, tuduhan mereka DAP sebagai musuh Islam itu sendiri masih kabur,” katanya.

Berharap Dr Abdul Rahman bersikap profesional ketika berdepan isu perbezaan politik kepartian, Wan Ji berkata, kegagalan berdialog memberi implikasi buruk terhadap imej institusi mufti di mata rakyat terutama dalam kalangan bukan Islam.

“Mufti tidak perlu takut berhujah berkata tentang kebenaran, Jika tidak, sudah pasti kenyataan mufti selepas ini akan dianggap picisan oleh rakyat.

“Jauhkan pendekatan yang boleh melahirkan permusuhan antara rakyat. Kita berdoa agar budaya rahmat menjadi amalan dan sudah pasti, amalan permusuhan berasaskan kaum dan agama dapat dielak,” katanya.

-Roketkini

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn tegakkan benang yg basah

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya benang yg kering pun belum tentu boleh tegak.

Tanpa Nama berkata...

tak payah tegak kan benanglah ,itu kerja sia2 ,sekarang akalu dah beranai dan pandai mengeluarkan teks khutbah dan dibaca dihadapan ramai maka apakah rasa takut atau sombong diri kerana tidak hendak memberi penerangan secara berhujah mencari kebenaran,apa takut kalau dah berani buat,silakan tok mufti .tungjukan kejantanan mu.

Wan Rosli berkata...

Tak payah penerangan.. dah terang2 dah DAP tolak hudud di kelantan.. padahal bukan nak buat di penang pun.. ini pun x jelas lagi ke..?

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli,kau mana ada maruah diri.cakap berdegar2 pas taknak bersama DAP .I Selangor mnegapa kau diam makan bersama dalam satu mangkuk hayun dengan DAP? menagapa Pas takanak cabut lari .masih bersama DAp/TAK MALU KE? MUKA KAU LETAK KAT BUNTUT AJE.

Tanpa Nama berkata...

pelik..!!!! mengapa orang Islam mesti dapatkan persetujuan dari orang bukan Islam untuk melaksanakan hukum-hukum Islam...??? Untuk adakan sembahyang Jumaat kena minta kebenaran dari orang bukan Islam ke...??? Atau hendak berpuasa bulan Ramadhan kena minta kebenaran dari orang cina ke..??? Nak pergi ke Mekkah menunaikan Fardhu Haji kena dapat persetujuan orang bukan Islam ke...??????

cikmatgelap berkata...

maupitih...maupitih...maupitih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.