Cari Blog Ini

MT Umno Mahu ‘Lempang’ Orang Cina, Bila Mufti Perak Mahu Tegur ?



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria patut menegur Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang membuat kenyataan rasis mahu ‘melempang’ orang Cina di Malaysia.

Secara sinis, Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Raja Puji yang sedang mengajak Jabatan Mufti Pahang berbincang untuk menyelesaikan isu teks khutbah berbaur politik dan memfitnah DAP, berkata:

“Timbalan menteri itu orang Perak, bukan? Jadi, minta Mufti Perak bagi nasihatlah (kepada Tajuddin),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab itu ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Tajuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dilapor memberi amaran akan ‘melempang’ rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar, merujuk Kedutaan China.

“Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia, jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.

Nak kena lempang macam itu,” katanya dipetik.

Menyanggah keras perbuataan itu, Ahli DAP, Zulhazmi Sharif yang turut hadir sidang media itu pula kesal berikutan kenyataan sedemikian datangnya dari seorang timbalan menteri.

“Cubalah perangai elok sedikit, Awak (Tajuddin) itu timbalan menteri, Bukan timbalan menteri untuk Umno sahaja tetapi untuk semua kaum,” katanya.

- Roketkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.