Cari Blog Ini

Minyak Naik : Kerajaan Harus Pantau Harga Barang



Pihak kerajaan digesa melakukan kawalan dan pemantauan terhadap harga barangan yang dikhuatiri meningkat akibat kenaikan harga minyak pada bulan Oktober ini.

Ahli Parlimen Kapar, G Mannivannan berkata, sebelum menimbangkan kenaikan harga minyak, kerajaan sepatutnya mempertimbangkan kesan kenaikan tersebut terhadap rakyat di negara ini.

“Harga minyak turun, harga barang tidak turun, bila harga minyak naik, harga barangan semakin meningkat.

“Kebiasaannya barangan di hantar dengan menggunakan kenderaan berat yang kebanyakannya menggunakan minyak diesel, dan itu tidak menghalang peniaga menaikkan harga barangan meskipun harga bagi minyak diesel tidak berubah,” katanya.

Menerusi pengumuman rasmi harga minyak bulan Oktober, harga baru bagi RON95 adalah RM2.05 sen seliter manakala RON97 RM2.35 sen seliter termasuk GST manakala Diesel naik RM1.90 sen seliter.

Ketiga-tiga bahan bakar itu mengalami kenaikan sebanyak 10 sen mulai 1 Oktober.

Manivannan dalam turut melahirkan kekecewaan ke atas kenaikan harga minyak yang diumumkan pada dua lalu.

“Saya amat kecewa dengan kenaikan harga minyak, tambah kecewa lagi dengan kenyataan bahawa tiada tindakan diambil daripada kerajaan untuk mengawal harga barangan secara berterusan.

“Jangan hanya pantau harga minyak, sebaliknya pantau sama harga barangan di pasaran, Rakyat akan terus terbeban sekiranya harga barangan semakin meningkat,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.