Cari Blog Ini

Menuduh Raja Muda Selangor : Pemuda Parti Amanah Buat Laporan Polis


Pemuda Amanah buat laporan polis

[sinar]- Pemuda Parti Amanah Negara Selangor membuat laporan polis berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menuduh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.

Ketuanya, Abbas Salimmi Adzmi berkata, kenyataan bekas menteri itu adalah melampau dan berbaur fitnah.

Menurutnya, sebagai rakyat jelata yang menghormati dan kasihkan institusi diraja, pihaknya melahirkan kekesalan berhubung kenyataan terbabit.

“Apatah lagi ia melibatkan akidah. Perlu diingat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah adalah pewaris takhta kesultanan selain sultan adalah ketua agama Islam negeri Selangor,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

Beliau hadir bersama Pengerusi Program Negeri Selangor, Zainal Said serta beberapa ahlinya kira-kira jam 10 pagi.

Mengulas lanjut, Abbas berkata, pihaknya menggesa polis menyiasat pemilik akaun laman sosial Facebook dan Twitter yang menggunakan nama Rahim.

Katanya, walaupun Rahim sudah memohon maaf berkenaan kenyataan melampau itu, tetapi ia membabitkan kredibiliti raja muda dan seolah-olah mempertikaikan akidah selain tidak membawa satu bukti kukuh dalam kenyataannya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, pihak istana Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan di laman sosial yang dikeluarkan oleh Rahim, pada 25 September lalu yang menyatakan berita pertukaran agama oleh Tengku Amir Shah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.