Cari Blog Ini

Khalid Orang Luar, Jangan Campur Hal PKR Kata Azmin



[sinar]- Krisis Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta pendahulunya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak masuk campur urusan PKR kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali meminta pendahulunya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak masuk campur urusan PKR kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.

Beliau turut mengingatkan Abdul Khalid bahawa PKR tahu untuk menguruskan parti, memandangkan kedudukan parti itu sangat kukuh dan stabil di bawah pimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Khalid bukan lagi ahli parti jadi jauhkan diri daripada PKR, kami tahu untuk uruskannya.

“Beliau itu orang luar dan seperti saya katakan PKR ketika ini sangat kukuh dan kami bersatu,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini, hari ini.

Timbalan Presiden PKR itu menafikan wujudnya gerakan penubuhan parti baharu sebagai kuasa ketiga oleh pemimpin dan aktivis PKR.

“Kalau kita bersatu tidak ada lah gerakan ketiga, keempat atau lima hanya satu parti, satu kepimpinan dan kami bercakap dalam satu suara.

“PKR percaya dengan kepimpinan Presiden parti mampu mendepani cabaran diperingkat nasional terutamanya krisis ekonomi dan  kepimpinan dalam satu pasukan untuk menentang Umno-BN pada PRU14 akan datang,” katanya.

Semalam, Abdul Khalid dalam status Facebooknya berkata, beliau tidak terlibat dalam sebarang gerakan menubuhkan parti baharu sebagai kuasa ketiga namun, tidak hairan sekiranya wujud penubuhan parti lain susulan kegagalan PKR menyelesaikan aduan ahli parti secara telus dan adil.

Dalam pada itu, Azmin turut menolak dakwaan bahawa beliau ibarat ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’ dalam urusan penstrukturan semula industri yang selama ini diperjuangkan oleh Abdul Khalid.

“Ini adalah kerja berpasukan pegawai kerajaan negeri, Unit Perancang Ekonomi (Upen ) dan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang berperanan mempertahankan hak dan mewakili Kerajaan Selangor.

“Tapi sebelum ini urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsesi air (Consession Companies Water Assets-CCWA) bersama dengan penyerahan tanah sepanjang 36,000 kilometer paip kepada kerajaan Persekutuan, saya tidak setuju,” katanya.


                            PKR: Saya lihat dari luar

[sinar]- Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau mengambil pendekatan hanya melihat dari luar dan melibatkan diri dalam dakwaan wujudnya gerakan menubuhkan parti baharu oleh ahli PKR.

Namun katanya, beliau tidak hairan sekiranya usaha itu wujud susulan kegagalan PKR mengurus parti itu dengan sebaiknya.

“Saya tidak berasa hairan sekiranya ada usaha daripada ahli PKR untuk menubuhkan parti baharu bagi mewujudkan gerakan kuasa ketiga demi mewujudkan suasana politik yg lebih seimbang.

“Saya percaya usaha pihak-pihak terbabit akibat daripada kegagalan PKR mengurus parti mereka sepertimana yang diuar-uarkan sebelum ini.

Terlalu banyak aduan ahli parti yang gagal ditangani oleh pimpinan secara adil, telus dan menyeluruh,” katanya dalam kemas kini status di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dilaporkan mendakwa ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis parti itu berkomplot untuk menubuhkan parti baharu.

Sehubungan itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, beliau tidak akan menghalang mana-mana pihak untuk melaksanakan hak demokrasi mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya menyedari tindakan parti-parti politik di dalam PR mutakhir ini juga gagal menyediakan wadah yang lebih kondusif dan inklusif.

Meskipun demikian saya lebih suka mengambil pendekatan untuk melihat perkara ini dari luar dan tidak langsung terlibat di dalam usaha mereka mewujudkan gerakan pihak ketiga tersebut.

“Saya akan menumpukan kepada usaha dan memberi pandangan dari segi memulihkan kedudukan ekonomi negara yang kini diasak dari dalam dan luar,” katanya.

Tiada Parti Baharu, Tiada Perpecahan Dalam PKR - Azmin

1 ulasan:

Blogger berkata...

eToro is the #1 forex broker for novice and professional traders.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.