Cari Blog Ini

Kadar Tol 11 Lebuh Raya Naik, Mulai Khamis 15 Oktober 2015



Mulai 15 Oktober 2015, 11 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 20 sen dan RM3.

Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap ANIH Berhad berkata kadar tol baharu KLK di Plaza Tol Gombak adalah RM6 (kelas satu), RM12 (kelas dua), RM18 (kelas tiga), RM3 (kelas empat) manakala kelas lima kekal RM5.

"Bagi Plaza Tol Bentong pula, kelas satu RM3.50, kelas dua RM7, kelas tiga RM10.50, kelas empat RM1.80, dan kelas lima masih kekal RM3," katanya sepertimana dipetik Bernama, di sini, hari ini.

Kelas satu adalah untuk kereta, kelas dua bagi lori kurang daripada satu tan, kelas tiga lori besar dan treler, kelas empat teksi dan kelas lima untuk bas.

Sementara itu bagi Lebuhraya MEX, Maju Expressway Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata kadar tol baharu bagi Plaza Tol Salak Selatan adalah RM2 (kelas satu), RM4 (kelas dua), RM6 (kelas tiga), RM1 (kelas empat) dan (RM1.50 (kelas lima).

Kadar baharu bagi Plaza Tol Putrajaya ialah RM3.50 (kelas satu), RM7 (kelas dua), RM10.50 (kelas tiga), RM1.80 (kelas empat) dan RM2.50 (kelas lima).

Dalam pada itu, SILK Holdings Berhad berkata kadar tol baharu bagi Lebuhraya Kajang-Silk adalah RM1.80 (kelas satu), RM3.60 (kelas dua), RM5.40 (kelas tiga), 90 sen (kelas empat) dan RM1 (kelas lima).

Bagi DUKE, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd mengumumkan, kadar tol baharu bagi Plaza Tol Ayer Panas, Plaza Tol Sentul Pasar dan Plaza Tol Kampung Batu ialah RM2.50 bagi kelas satu, RM3.80 (kelas dua), RM5 (kelas tiga), RM1.30 (kelas empat) dan kekal RM1.30 bagi kelas lima.

Sementara itu Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd turut mengumumkan kadar tol baharu bagi Terowong Lebuhraya SMART ialah RM3.

Bagi LATAR pula, KL-Kuala Selangor Expressway Berhad mengumumkan kenaikan kadar tol baharu bagi lebuh raya itu melibatkan Plaza Tol Ijok, Plaza Tol Kuang Timur, Plaza Tol Kuang Barat dan Plaza Tol Templer iaitu RM2.50 bagi kelas pertama, RM5 (kelas dua), RM7 (kelas tiga), RM1.30 (kelas empat) manakala kelas lima kekal pada RM2.

Dalam pada itu, BESRAYA (M) Sdn BHD turut mengumumkan penyelarasan struktur kadar tol di Plaza Tol Mines (Utara dan Selatan) iaitu RM2 bagi kelas pertama, RM4 (kelas dua), RM4 (kelas tiga), dan RM2 (kelas empat) manakala kelas lima kekal pada RM1.30.

Bagi NPE pula, New Pantai Expressway Sdn Bhd dalam kenyataan mengumumkan kadar tol baharu bagi Plaza Tol Pantai Dalam dan Plaza Tol PJS5 bagi kelas pertama ialah RM2.30, RM4.60 (kelas dua), RM6.90 (kelas tiga), RM1.20 (kelas empat) dan kelas lima kekal pada RM1.60.

"Bagi Plaza Tol PJS2, kadar tol baharu bagi kelas pertama kekal pada RM1, manakala kelas dua (RM4.60), kelas tiga (RM6.90), kelas empat (RM1.20) dan kelas lima kekal pada RM1.60," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kadar tol di semua lapan lebuh raya kendalian PLUS kekal.

Kementerian Kerja Raya, dalam perkembangan berkaitan, dipetik agensi berita itu sebagai berkata bahawa penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.

Kali terakhir kadar tol dinaikkan adalah pada 1 Mac 2009 melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), BESRAYA dan NPE manakala tiada kenaikan oleh syarikat konsesi tol lain sejak 2008.

- astro awani



Kadar tol naik antara 17 hingga 80 peratus di beberapa lebuhraya

Beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan menaikkan kadar tol masing-masing bermula 15 Oktober ini.

Ia menyaksikan kenaikan harga lebih 17 hingga 80% di antara 20 sen hingga RM1.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pengumuman kenaikan tol dilakukan oleh konsesi tertentu menerusi kenyataan bersaingan, dan bukannya kerajaan.

Berikut adalah senarai lebuhraya yang terlibat serta kadar terbaru;

Lebuhraya SMART - Tol terowong SMART meningkat 50% kepada RM1, dengan kadar baru RM3 bermula Khamis.


tol-naik
Kadar tol kekal? Mana kenyataan LLM
[fmt - June 12, 2015] Penafian Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bahawa tiada kenaikan kadar baru tol pada tahun ini menimbulkan tanda tanya.

Dalam perkembangan terbaru, Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaporkan sedang menunggu kelulusan Kabinet bagi memutuskannya.

Menurut laporan yang dipetik daripada Berita Harian, 16 lebuh raya akan terbabit dengan kadar baru yang mungkin akan dilaksana Ogos ini.

Ia membabitkan kenaikan sebanyak 20 sen dan di beberapa lebuh raya ia dijangka akan mencecah sehingga RM1.

Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), New Pantai Expressway (NPE) dan Kajang’s Silk Highway antara yang dikatakan terbabit dengan kenaikan itu.

Sebelum ini, LLM Ketua Pengarahnya, Datuk Ir. Ismail Md Salleh menyangkal akan berlaku kenaikan kadar tol.

“Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi berhubung perkara ini.

Oleh itu sebarang kenyataan atau laporan berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan pada 5 Mei lalu.

Penafian itu kemudian disiar secara meluas termasuk di stesyen berita televisyen tempatan.

Ia dibuat sebagai reaksi terhadap laporan FMT bahawa akan berlaku kenaikan kadar baru tol antara 50 hingga 100 peratus.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.