Cari Blog Ini

Jerebu Meruncing, Beberapa Lapangan Terbang Ditutup


Jerebu meruncing, beberapa lapangan terbang ditutup
ketiga-tiga lapangan terbang bagaimanapun, telah kembali beroperasi seperti biasa
Beberapa buah lapangan terbang terpaksa ditutup hari ini akibat jerebu yang semakin meruncing.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan tiga lapangan terbang yang terjejas adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor; Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh, Perak dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Alor Setar, Kedah.

Menurut Azharuddin, operasi penerbangan di LTSAAS terpaksa dihentikan pada pukul 7 pagi tadi lantaran jarak penglihatan yang kurang daripada 400 meter.

Lantaran penutupan LTSAAS, 18 penerbangan pelepasan dan 4 penerbangan ketibaan melibatkan 790 penumpang terjejas.

Bagaimanapun, LTSAAS kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 9.15 pagi dengan jarak penglihatan 800 meter.

Sementara itu, LTSAS dan LTSAH juga kembali beroperasi secara berperingkat sejak pukul 10 pagi tadi.

astro awani

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.