Cari Blog Ini

Jawapan AMANAH Keatas Tuduhan Merampas Markaz Milik PAS Kawasan Tenggara, Johor



Amanah Johor seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama PAS.

Keanggotaan jawatankuasa ini adalah terdiri daripada kalangan peguam, perunding hartanah, profesional dan asatizah. Satu panduan telah dikeluarkan iaitu ;

1. Aset yg dlm geran tanah atas nama PAS adalah menjadi aset milik PAS.

2. Aset yg dlm geran tanah atas nama pemegang amanah bagi pihak PAS adalah menjadi aset milik PAS.

3. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal tersebut telah meninggal dunia maka aset itu menjadi milik PAS.

4. Aset yg dlm geran tanah masih atas nama pemilik asal dan pemilik asal masih hidup maka tuantanah berhak untuk memberikan atau mewakafkan tanah tersebut samada kpd PAS atau AMANAH.

Bangunan yg didirikan diatas tanah adalah mengikut definisi Tanah dlm Kanun Tanah Negara (KTN) dimana bangunan yg terdapat diatas tanah adalah menjadi sebahagian drp tanah.

Dengan kata lain hakmilik keatas bangunan adalah merujuk kepada pemilik tanah tersebut.
Panduan diatas jelas menunjukkan bertapa terbukanya Amanah Johor dalam penentuan pemilikan aset sepencarian ketika bersama PAS.

(Secara statistiknya peluang Amanah untuk menuntut aset sepencarian bersama PAS adalah 12.5% sahaja).

Insiden yang diviralkan dalam media baru-baru ini berkaitan dengan pemilikan sebuah markas oleh Amanah di Tenggara sebenarnya tidak lari darpada panduan yang dinyatakan diatas (rujuk panduan 'd').

Penyelesaian yang dibuat oleh Amanah Pontian ke atas sebuah markas milik Amanah Pontian tetapi sanggup menjadikannya sebagai bangunan gunasama antara Amanah dan PAS menunjukan contoh keterbukaan Amanah Johor.

Adalah diharap kenyataan diatas dapat menjawab beberapa tuduhan tidak berasas yang menuduh Amanah Johor adalah perampas aset milik PAS.

YB Tn. Hj. Aminolhuda Hasan
Pengerusi AMANAH Johor
3 Oktober 2015


Apabila timbul dakwaan bahawa Parti Amanah Negara(AMANAH)Kawasan Tenggara merampas Markaz PAS

Apabila timbul dakwaan bahawa Parti Amanah Negara(AMANAH)Kawasan Tenggara merampas Markaz PAS, saya di fitnah dan di maki hamun dengan bahasa yang amat kesat.

Di gambarkan kononnya Markaz tersebut telah di waqafkan dan dikutip sumbangan ahli ahli PAS. 

Kisahnya di muat dalam media sosial dan di viralkan hingga tersebar ke seluruh dunia, Saya tidak tahu apa motifnya.
 
Hakikat sebenar sangat berbeza, Pemilik tanah adalah ahli berdaftar AMANAH.

Dia sendiri yang ambil inisiatif mendirikan bangunan dan di beli oleh PAS Kawasan Tenggara dengan jumlah tertentu.

Wang pendahuluan di bayar oleh Tuan Hj Mohzit, yang waktu itu adalah Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan.

Bagi melangsaikan baki hutang pembelian bangunan tersebut, di usahakan membuat kupon.

Namun, tidak sempat di edar akibat krisis yang melanda PAS. Dokumen dan maklumat mengenai Markaz ada sebagai bukti.

Tidak timbul soal AMANAH merampas premis PAS.

Apabila wujudnya AMANAH, pemilik tanah membuat dokumen baru yang di perakukan Pesuruhjaya Sumpah.

Itu urusan pemilik tanah dengan AMANAH yang tidak harus dikaitkan dengan saya, sebab saya bukan Pengerusi AMANAH Tenggara.

Bahkan, saya juga bukan lagi Pemimpin PAS di Kawasan Tenggara, selepas berundur sejak beberapa tahun lalu.

Selama ini saya berdiam diri dan meletakkan keyakinan perundingan boleh di lakukan secara baik, sebab kita dulunya dari parti yang sama.

AMANAH terpaksa menggunakan khidmat nasihat dari Lawyer Firdaus Mas'ud sebab perbincangan gagal mencapai kata sepakat sebab sikap mereka yang keras dan tidak mahu bertolak ansur.

Saya membuat penjelasan ini atas permintaan dan rayuan rakan rakan, meskipun saya amat berat berbuat demikian.

Apapun persepsinya, PAS adalah parti yang saya bergelumang di dalamnya selama 30 tahun.

Walaupun kini berbeza wadah, mereka adalah sahabat sahabat baik saya, Tentu sekali, suka duka dan pahit manis yang terlalu banyak; tidak akan di lupakan sepanjang hayat.

Apa perlunya untuk kita bermusuhan kerana wadah yang berbeza?

Saya bersedia di kritik sekeras mana sekalipun, Saya telah laluinya puluhan tahun.

Tapi harus di ingat, mengkritik bukan bermakna halal memfitnah dan berbangga pula menyebarkannya.

Apa salahnya mendapat gambaran kedua belah pihak, tidakkah ia etika yang seharusnya ada pada kita, Saya manusia biasa yang tidak sunyi melakukan kesalahan dan kesilapan.

Berat hati saya menulis kerana mungkin ditafsirkan membuka kelemahan sendiri dan rakan rakan, Tapi jika di biarkan berlarutan, sangkaan dan fitnah akan berpanjangan.

Tuan Hj Mohzit selaku Timbalan Pengerusi AMANAH Kawasan Tenggara bersama Lawyer Firdaus telah pun bertemu YDP PAS Kawasan Tenggara, Kol( B) Nazari, bagi misi penyelesaian.

Sebelum itu, Sdr Mahadzir, Ketua Pemuda AMANAH Johor dan Sdr Juwahir, Ketua Pemuda PAS Johor telah datang ke Tenggara.

Ia adalah usaha penyelesaian. Formula penyelesaian kedua dua belah pihak akan dikemukakan pada mesyuarat bersama 7 Oktober ini.

Tiada siapa yang menang atau kalah, Semuanya demi Islam yang kita anuti, Moga usaha kita di berkati Allah.

- Mazlan Aliman 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.