Cari Blog Ini

Himpunan Baju Merah Sukarkan Malaysia Capai RMK11, Kata Menteri !


Perhimpunan perkauman sukarkan Malaysia capai RMK11, kata menteri [gambar fail]
[tmi]- Perhimpunan yang dianjurkan berdasarkan kepentingan kaum tertentu semata-mata seperti "himpunan baju merah" bulan lalu hanya menyukarkan Malaysia mencapai matlamat digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), kata Tan Sri Joseph Kurup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu percaya, penganjuran perhimpunan seperti itu hanya mewujudkan semangat tidak baik kepada rakyat Malaysia.

"Saya  ada pernah cakap, keamanan perpaduan berdasarkan nilai kemakmuran, Jadi kalau ini berlaku susah untuk kita melaksanakan RMK11 seperti mana perhimpunan kini (baju merah).

"Selaku menteri bertanggungjawab tentang perpaduan, semangat ini tidak baik untuk Malaysia seperti yang saya katakan, kita perlu menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Youth Unity Devotional and Community Building Discourse", di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Kurup menggesa penganjuran perhimpunan yang bertujuan untuk mempertahankan pemimpin negara dan memartabatkan maruah Melayu itu dibatalkan.

Perhimpunan baju merah atau Himpunan Rakyat Bersatu, dikritik kerana retorik perkaumannya, walaupun penganjur mendakwa perhimpunan itu sebagai respons kepada Bersih 4.

Perhimpunan yang diadakan badan bukan kerajaan (NGO) pro Umno itu menyaksikan kekecohan di Jalan Petaling, di mana peserta cuba merempuh masuk kawasan yang didominasi peniaga Cina, serta kata-kata kesat seperti ungkapan "Cina babi" dilemparkan.

Melihat kepada situasi tersebut, Kurup berkata amat penting agar rakyat Malaysia kembali menghayati prinsip Rukun Negara dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini.

"Amat penting bagi kita mendalami sedalam- dalamnya rukun negara ini kerana ia merupakan perkara yang amat  penting dalam mewujudkan perpaduan mantap," katanya.

Beliau menyokong sepenuhnya idea pelaksanaan bacaan Rukun Negara tidak hanya diamalkan di sekolah namun acara lain juga.

"Memang sekolah kita minta bacakan Rukun Negara dan juga acara lain, Rukun Negara dibacakan terlebih dahulu di hadapan hadirin sebelum ianya bermula," katanya.

Pada masa sama beliau turut bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi isu perkauman negara ini mesti dibendung.

"Apa pun mesti kita bendung perkara yang berkaitan dengan isu perkauman .

"Kita tidak ada pilihan. Kita mesti bersatu padu kerana rakyat di negara ini hidup dalam kepelbagaian kaum," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.