Cari Blog Ini

"Henti Panggil Ahli AMANAH Kafir'" - Kata Mat Sabu Kepada PAS



[mstar]- Mohamad Sabu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.

"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.

Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Beliau juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.

"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru.

"Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.

Katanya, sejak Amanah dilancarkan pada 16 September, parti itu perlahan-lahan mendapat momentum dari segi keahlian di beberapa negeri.

Beliau berkata parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli menjelang Disember tahun ini, dengan mendapat sokongan paling ramai di Kelantan.

"Di Kelantan, kita sudah mempunyai kira-kira 11,000 orang ahli, terdiri daripada bekas kakitangan awam, yang percaya bahawa Amanah mampu menyediakan tadbir urus yang baik.

"Amanah juga menyasarkan 10,000 ahli di Johor dan 20,000 di Selangor tetapi kami juga bertapak di negeri-negeri pantai barat," katanya.

Beliau menambah, Johor akan menjadi titik tumpuan utama Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mengapa keluar dari pas dan tubuhkan amanah yang dikatakan berlandaskan Islam juga..??? mengapa tidak kekal dalam pas, teruskan perjuangan, perbaiki diri sendiri, perbaiki jemaah..??? siapa yang berpecahbelah...??? Bukankah orang-orang amanah yang keluar sendiri dari pas dan memecahkan jemaah pas...???.....bila beralasan sudah serupa dengan umno, pasti umno ada dibelakang kamu .....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

LIBERO berkata...

Kah..kahh....tengok lepas pru 14 siapa bersama umno

Khawarij2015 berkata...

kah kah kah
UMNO telah dianggap hantu oleh pemimpin Amanah dan PAS.
Bila nak tubuh Amanah, pemimpin PAS mendakwa Amanah akan menguntungkan UMNO.
Bila ditanya pemimpin Amanah, kenapa tubuh parti baru, mereka jawab pemimpin PAS mula tunjuk minat nak bekerja sama dengan UMNO.
Tiada seorang pun dari pemimpin PAS dan Amanah yang bercakap, "bagaimana caranya kita memastikan PAS tidak berpecah".
Percayalah!
Bahawa pemimpin PAS dan pemimpin Amanah tidak pernah memikirkan mengenai pejuang Islam dan penyokong mereka. Yang penting kepada mereka adalah nafsu dan ketamakan mereka dipenuhi.
Percayalah!
Bahawa pemimpin seperti ini tidak akan dapat memberi syafaat dan pertolongan kepada penyokong mereka di akhirat kelak. Bahkan di dunia lagi mereka telah menipu dan melelong penyokong mereka seperti melelong baju bunder.
Alhamdulillah! Allah telah membuka mata penyokong-penyokong PAS dan penjuang Islam, bahawa mereka telah dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementing diri sendiri.

Wan Rosli berkata...

Ini pertama kali aku dgr ada pemimpin PAS kata AMANAH kafir.. mmg pembohong si AMANAH ni.. kalau setakat sumpah dan harta wakaf boleh dilanggar , apalah sgt kalau nak fitnah org..

Tanpa Nama berkata...

PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Masa Muktamar lebai lebai dan pro ulama macam seronok sakan guna CAI masa memilih. Ini cara islam ka cara yahudi guna cai ni tuan tuan

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

PAS SEKADAR PARTI KUAT DARI DALAM TAPI KALAH PILIHANRAYA
NASIB KO LAH LEBAI, WALAK

Bapak Rahmad Bastian berkata...

Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

Tanpa Nama berkata...

nampak sgt wan rosli ni tahu tapi becakap mcm tahu..sebelah penang dah riuh pasai ahli bawahan pas duk mengata kat amanah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.