Cari Blog Ini

Gesa Pemimpin Hentikan Politik Perkauman Kata Presiden Eratkan Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (Epanco)


Gesa pemimpin hentikan politik perkauman
Ariffin (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini
[sinar]- Pemimpin politik diminta menghentikan permainan politik berbentuk perkauman kerana ia hanya akan memberi kesan kepada keharmonian negara.

Presiden Eratkan Perhubungan Antara Negeri Cetuskan Organisasi (Epanco), Ariffin Abu Bakar berkata, provokasi berbaur perkauman bakal mengajar anak muda hari ini untuk saling membenci antara kaum.

“Kita mahu keharmonian negara dapat dikekalkan berlandaskan kepada Perlembagaan negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.

“Kita takut sampai satu tahap isu perkauman ini akan sampai kepada satu tahap sehingga membawa kepada pergaduhan dan pertumpahan darah.

Perkara ini perlu dijauhkan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung video berbaur perkauman dipercayai ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, semalam.

Mengulas mengenai laporan tersebut, Ariffin berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan rasa kurang selesa rakyat disebabkan isu-isu berbaur perkauman.

“Sepatutnya sebagai ahli Parlimen, beliau tidak menggunakan perkataan kesat untuk menunjukkan kemarahan.

“Kita harap pemimpin-pemimpin kekalkan keharmonian dan mengelakkan apa sahaja bentuk provokasi yang boleh mengundang sentimen perkauman,” katanya.

Sementara itu, Ariffin berkata, pihaknya turut membuat laporan berhubung viral video mengenai dua lelaki dipercayai Cina mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling duit ke arah penguasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akibat kesalahan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.

“Kita tidak mahu menuduh mana-mana pihak sebagai rasis tetapi ia adalah satu bentuk penghinaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.