Cari Blog Ini

Fitnah : Anthony Loke Menafikan Beliau Mengeluarkan Kata-Kata Berbaur Rasis Ketika Ditahan Polis Di Kampung Ulu Temiang


‘Fitnah mahu jatuhkan saya’
Loke memegang laporan polis yang dibuatnya ketika ditemui pada sidang media di Kampung Ulu Temiang, semalam
                      ‘Fitnah mahu jatuhkan saya’

[sinar]- Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berbaur rasis ketika ditahan polis di Kampung Ulu Temiang, di sini, kelmarin.

Loke berkata, dalam video yang tersebar di laman sosial itu, dia tidak mengeluarkan perkataan seperti didakwa, sebaliknya merujuk kepada seseorang dalam syarikat One Visa, pemilik tanah kampung berkenaan.

“Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan seperti mana dalam video yang tersebar, Saya hanya menyebut nama seseorang.

Saya berkata begitu kerana wakil syarikat berada di sana ketika saya ditahan polis,” katanya.

Menurutnya, penyebaran video yang kini menjadi viral itu bertujuan memfitnahnya yang kononnya beliau bersifat perkauman.

“Saya menafikan fitnah itu. Pembuat video tersebut bertujuan politik untuk menjatuhkan imej saya.

“Saya tidak tahu siapa yang melakukannya tetapi dia cuba mengambil kesempatan untuk memfitnah saya kononnya saya anti-Melayu.

(Dalam) isu di Kampung Ulu Temiang ini, saya turut memperjuangkan (kepentingan) keluarga Melayu yang turut ditindas, bukan keluarga Cina sahaja,” katanya pada sidang media di Kampung Ulu Temiang, di sini, semalam.

Sejurus video itu tersebar, Loke, yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, satu laporan dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, malam kelmarin.

“Saya sudah beri keterangan kepada polis tentang perkara ini dan polis berpuas hati dengan keterangan saya.

“Saya turut meminta polis untuk siasat dan mengambil tindakan terhadap pembuat dan penyebar video tersebut,” katanya.

Video berdurasi 26 saat itu tersebar di media dan menjadi viral di laman sosial apabila kelihatan Loke memekik dengan perkataan berbaur rasis ketika dibawa masuk ke dalam trak polis di Kampung Ulu Temiang kerana didakwa menghalang tugas pihak berkuasa meroboh rumah di kawasan berkenaan.

                             

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.