Cari Blog Ini

Ego : Umno Akan Berkubur PRU14 Kata Ketua Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka


Umno akan berkubur jika terus ego
Umno akan berkubur jika terus ego
[sinar]- Perubahan besar perlu dilakukan segera bermula di peringkat pucuk pimpinan Umno sekiranya tidak mahu melihat parti itu terkubur pada PRU14 akan datang.

Ketua Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, perubahan itu perlu dilakukan di peringkat dalaman dan bukannya dari luar.

"Kalau tiada mampu membuat demikian, kita akan menghadapi masalah besar untuk membetulkan Umno.

"Jika Umno tak mengaku dalam keadaan sesak tak bernafas, kalau Umno terus ego bahawa parti dan pemerintahan masih kuat, pada pilihan raya akan datang kita akan berkubur sebagai sebuah parti," katanya pada Majlis Hi-Tea bicara politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa" di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Syed Saifuddin juga menegaskan, beliau memanggil Dr Mahathir dalam perjumpaan Umno Cawangan Pandan itu bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menegakkan suara rakyat.

"Saya pemimpin kecil, kita juga mahu cawangan lain bergerak supaya bangkit nyatakan kenyataan tidak puas hati dengan apa berlaku.

"Siapa kata kita nak hancurkan parti, saya jemput Dr Mahathir, kita tiada konspirasi untuk jatuhkan kerajaan tapi bangunkan suara rakyat," ujarnya.

Syed Saifuddin turut menggesa pemimpin Umno di cawangan lain juga perlu bersama Dr Mahathir untuk membetulkan parti Melayu itu dalam mengembalikan maruah Melayu.

"Jangan biarkan Dr Mahathir keseorangan dalam perjuangan fisabilillah, bukan soal kewangan tapi (kena lakukan) semangat perjuangan.

"Kita kena usaha betulkan keadaan demi agama dan negara," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.