Cari Blog Ini

Cina Disasar Untuk Alih Perhatian Isu 1MDB - Bekas No 2 SB



[mk]- Dakwaan terdapat rancangan untuk menggulingkan kerajaan hanyalah taktik untuk mengalih perhatian daripada isu berkaitan siasatan terhadap 1MDB, dakwa bekas timbalan pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador.

Beliau mendakwa pihak yang mempunyai kuasa kini sanggup melakukan apa saja bagi memastikan penyiasatan terhadap skandal kewangan itu terhenti serta menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelirukan orang ramai.

"Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan siasatan ini terhenti... mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.

"Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang Cina nak rampas kuasa.

"Ish, ish, ish, Jahat sungguh taktik 'lencongan' yang digunakan oleh para "perompak" ini, Dari isu pecah amanah jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman," katanya.

Beliau berkata demikian dalam surat terbukanya kepada kerajaan bertarikh 1 Oktober yang diedarkan kepada media malam tadi.

Abdul Hamid berkata rakyat berhak mengetahui cerita sebenar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik dakwaan melibatkan 1MDB termasuk sama ada ia meminjam daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM4 bilion, tatapi tiada jawapan.

Sebaliknya, katanya lagi, umum diberi tempoh selama enam bulan untuk diselesaikan isu 1MDB, manakala siasatan dipenuhi oleh pelbagai halangan.

Antaranya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap, sementara Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan pasukan khas menyiasat 1MDB dibubarkan.


    Bekas no 2 SB mahu Gani muncul, nyatakan pendirian

[mk]- Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa tampil ke khalayak untuk menjelaskan skandal berhubung hutang yang ditanggung 1MDB, bahawa beliau didakwa berkata ia "sangat jelas" sebelum dipecat.

Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador dalam surat terbukanya kepada kerajaan yang diedarkan kepada media semalam mempersoalkan mengapa Gani kini "diam membisu seribu bahasa".

Berhubung pertemuan terakhirnya dengan Gani sebelum beliau ditukar, Hamid berkata bekas peguam negera itu tegas mengenai kes tersebut.

Menurut Hamid lagi, Gani berkata bahawa kes itu "sangat jelas".

"Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa," kata Hamid dalam surat terbuka itu "Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri?

Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.

"Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum.

"Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap negara.

"Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda.

Keluarlah dan buat pendirian, Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam," katanya.

Gani - bekas peguam negara paling lama, ditamatkan khidmatnya ketika kemuncak siasatan pasukan petugas khas mengenai skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia merupakan sebahagian siri tindakan pentadbiran Najib termasuk melantik beberapa angota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam kementerian.

Malah, Najib juga memecat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri kabinet Datuk Seri Shafie Apdal.

Beberapa anggota pasukan petugas khas yang lain turut dipindahkan dan ia termasuk Abdul Hamid.

Abdul Hamid sebelum ini mendakwa, selama 37 tahun adalah kerana kelantangannya dalam isu skandal 1MDB.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BUKAN CERTA CINA AJE JELEBU,KEVIN,AMANAH DAN BANYAK LAGI.KERAJAAN INI INGIN MENUTUP CERTA YG SALAH LAKU.ZIANA ZIN,AL TANTUYA SEMUA BOLEH TUTUP.TAPI ANWAR IBRAHIM TAK BOLEH TAK ADA JUBO ADA JUBO TARA CUCUK MESTI CUCUK.SIAPA BERANI MENYOKONG DIA.INILAH AKIBATNYE HAMID HOI.BILA DAH BERSETONGOL.KENA BATANG HIIDUNG SENDIRI APA MACAM RASA NYE.BUMI MALAYSIA INI PERLU DIBERSIHKAN DARI A HINGGA KE Z.BARULAH KEADILAN AKAN TIMBUL.BANYAK SALAH SALAH LAKU YANG DIBUAT SECARA TERANG YANG TIDAK DAPAT DITUTUP.MANA CERTA TIM PENGARAH KASTAM YG KENA BUNUH,MANA CERTA TEONG BENG HOCK ,MANA CERTA SABRANI MATI KATAK.MANA SIASATAN APA KESUDAHAN.INILAH SPRM MEMBELA PENJENAYAH.BUKAN RAKYAT TAK TAHU.KENA BATANG HIDUNG SENDIRI BARU TAHU.NEGARA NAK HANCUR PUN TAK USAH PEDULI JANJI PENJENAYAH SAPERTI NAJIB INI SELAMAT.ANAK HINDU PRI MAHATHIR PUN DAH KATA NAJIB PENJENAYAH.APA TAK TANGKAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.