Cari Blog Ini

Bersih Isytihar Kutipan, Bekas Timbalan Menteri Umno Soal Butiran RM2.6 Bilion


Selepas Bersih isytihar kutipan, Saifuddin soal butiran RM2.6 bilion
[tmi]- Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempersoalkan adakah butiran berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi presiden parti Datuk Seri Najib Razak kini akan didedahkan selepas Bersih 2.0 mengisytiharkan jutaan ringgit yang diterimanya daripada sumbangan orang ramai.

Bekas timbalan menteri Umno itu, yang juga antara pengkritik lantang perdana menteri, menimbulkan perkara tersebut dalam posting di akaun Facebook miliknya, menerima ribuan “Like” dan ratusan perkongsian daripada pengguna media sosial.

"Battle of 2.6! Bersih 4 dah bentang akaun: Penerimaan: RM2,647,361.74 (dpd 27,000 penderma, & jualan t-shirt & mafla).

Perbelanjaan: RM664,052.52. Baki: RM1,983,309.22 akn diguna utk program2 2 thn akn dtg (pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dsb)...RM2.6 bilion?" katanya dalam posting itu.
 
Kumpulan reformasi pilihan raya tersebut hari ini mengisytiharkan akaun dan perbelanjaan dari RM2.6 juta sumbangan yang diterimanya untuk perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada akhir bulan Ogos.

Mengumumkan lebihan RM1.9 juta selepas ditolak RM664,052 dalam perbelanjaan untuk perhimpunan 34 jam itu, Bersih 2.0 turut mencabar Najib mengisytiharkan sumbangan RM2.6 bilion yang didakwa diterima daripada dermawan Timur Tengah itu.

Menurutnya, kira-kira 27,000 penderma menyumbang kepada Bersih 2.0 untuk perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos itu yang menuntut perubahan demokratik dan peletakan jawatan Najib berhubung dakwaan skandal kewangan yang membabitkan beliau.

Turut diserahkan kepada juruaudit untuk tujuan semakan ialah penyata bank setebal 2,126 halaman.

Perisytiharan itu dibuat lebih kurang sebulan selepas perhimpunan tersebut.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berjanji kumpulan pemantau pilihan raya itu akan mengisytiharkan akaunnya selepas menerima sejumlah besar wang yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Najib dan beberapa pemimpin Barisan Nasional sebelum ini menuduh Bersih tidak mengisytiharkan akaun mereka.

Mengulangi gesaan kepada Najib supaya mengisytiharkan perincian “derma” RM2.6 bilion itu, Bersih 2.0 berkata hari ini, kewibawaan perdana menteri akan "lenyap" jika beliau gagal berbuat demikian.


Bersih isytihar lebihan RM1.9 juta daripada RM2.6 juta sumbangan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini membentangkan penyata pendapatan mereka, berhubung sumbangan RM2.6 juta yang diraih mereka sempena himpunan Bersih 4.

Menurut Bersih 2.0, akaun mereka mencatatkan lebihan RM1.9 juta susulan belanja sebanyak RM 664,052 bagi menganjurkan himpunan selama 34 jam itu.

Mereka turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterimanya dari "dermawan" Timur Tengah.

Menurut mereka, kira-kira 27,000 penderma menyumbang kepada Bersih 2.0 dan penyata bank dengan setebal 2,126 halaman dihantar kepada juruaudit bagi semakan.

"Perisytiharan kami hari ini disemak pegawai kewangan kami," kata Bendahari Bersih 2.0 Masjaliza Hamzah pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Pengisytiharan hari ini dibuat sebulan selepas himpunan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos dan ia dibuat bagi memenuhi janji Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang berikrar membentangkannya sebelum ini.

Menurut Bersih, penderma secara purata menyumbang sebanyak RM76 seorang, walaupun majoriti menyumbang antara RM10 sehingga RM50.

Lebihan daripada jumlah yang berjaya diraih akan diguna bagi membiayai program akan datang.

"Ia termasuklah program pendidikan pengundi, kos kes-kes mahkamah, latihan dan lain-lain lagi," kata Masjaliza.

Menurutnya, reputasi Najib akan "lenyap" jika beliau gagal mengisytiharkan perincian “derma” yang diperolehnya.

Najib dan beberapa pemimpin BN sebelum ini mencabar Bersih mengisytiharkan akaun mereka.

Himpunan Bersih 4 menelan belanja RM300,000 sementara RM340,000 dibelanjakan untuk perbelanjaan pra himpunan termasuklah cetakan baju-T.

Bersih 2.0 menunjukkan senarai penderma kepada perhimpunan Bersih 4 di Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Oktober, 2015.
Bersih 2.0 menunjukkan senarai penderma kepada perhimpunan Bersih 4 di Petaling Jaya hari ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.