Cari Blog Ini

AMANAH Guna Dana Sendiri, Nafi Ditaja DAP


Parti Amanah Negara

[sinar]- Parti Amanah Negara (Amanah) tidak dibiayai oleh DAP, sebaliknya menggunakan dana sendiri yang disumbangkan setiap ahli jawatankuasa parti.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan hanya propaganda bagi merosakkan nama baik Amanah.

Ujarnya, setiap daripada ahli jawatankuasa itu menyumbangkan RM40,000 seorang sebagai permulaan bagi penubuhan Amanah.

"Pada awal penubuhan Amanah, kita mulakan modal dengan dana RM40,000 setiap ahli jawatankuasa.

"Itu modal kita, ditambah dengan yuran keahlian RM10 seorang yang kini mencecah 50,000 keahlian," ujarnya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat parti itu, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan bahawa penubuhan parti itu dibiayai oleh DAP.

Mohd Anuar berkata, sekiranya DAP berhasrat membiayai parti itu, Amanah tidak akan terima.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.