Cari Blog Ini

Akhbar The Times of Israel Puji Najib Kerana ‘Mesra’ Israel, Agama Yahudi


Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kiri) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Sebuah akhbar memuji Najib apabila beliau mengiktiraf Israel sebagai ‘teman bicara sah’. – Gambar flickr, 4 Oktober, 2015.
Datuk Seri Najib Razak bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu (kiri) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Sebuah akhbar memuji Najib apabila beliau mengiktiraf Israel sebagai ‘teman bicara sah’. – Gambar flickr
    Akhbar puji Najib kerana ‘mesra’ Israel, agama Yahudi

[tmi]- Akhbar The Times of Israel memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dikatakan bercakap positif tentang agama Yahudi dan mengiktiraf negara itu sebagai "teman bicara sah" semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menurut akhbar tersebut, sebelum ini pendahulu-pendahulu Najib tidak mesra terhadap negara Israel dan agama Yahudi.

"Walaupun Najib melemparkan kritikan, agak ketara pemimpin Malaysia itu bercakap positif mengenai agama Yahudi dan mengiktiraf Israel sebagai 'teman bicara sah'.

"Malaysia secara formalnya merupakan negara Islam dan beberapa pendahulu Najib tidak mesra kepada Israel dan Yahudi," tulis akhbar itu dalam artikel bertajuk "Malaysian PM calls for ‘new dawn’ in Muslim-Jewish relations".

Bekas perdana menteri ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad di antara pemimpin Malaysia yang sebelum ini lantang mengkritik Israel kerana penjajahannya terhadap negara Palestin.

Dr Mahathir juga digambarkan media barat sebagai seorang yang "anti Yahudi" kerana kelantangannya membela rakyat Palestin.

Menurut The Times Of Israel, Najib mahu "fajar baru" dalam hubungan di antara umat Islam dan Yahudi.

"Sehubungan itu, mengambil kira pertempuran yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada sambutan Rosh Hashanah atau Tahun Baharu Yahudi dan serangan ke atas penganutnya tiga minggu lalu, saya meminta kerajaan Israel mematuhi prinsip etika tertinggi agama Yahudi, dan mesej utama kitab Taurat seperti rumusan pendeta abad pertama Sebelum Masihi (SM), Hillel," kata Najib di New York, Khamis lepas.

"Ketika diminta menjelaskan kandungan Taurat, beliau dirakam sebagai berkata: 'Bahawa apa yang menjadi kebencian bagimu, jangan lakukan terhadap sesamamu'.

"Pernyataan ini, yang dikenali secara sejagat dalam kalangan semua agama sebagai Aturan Emas, boleh menjadi pemangkin terhadap permulaan hubungan baharu antara umat Islam dan Yahudi," kata Najib.

The Times of Israel turut melaporkan, Jumaat lepas aktivis di Malaysia berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah kekejaman terbaharu Israel tergadap penduduk Palestin.

Jumaat lalu, lebih 1,000 orang daripada 47 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyertai "Himpunan Hari Kemarahan" dengan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum bagi membantah keganasan terbaharu Israel di Masjid Al Aqsa.

gambar fail

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepas ini kalau najib kena desak lagi tentang RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadinya, tentu dia akan kata "sipenderma" itu adalah pak-pak yahudi israel.......!!!!!

cikmatgelap berkata...

pimpinanyahudi israel itu ada lah penjenayah2 yg mempun yai tangan kotor yg membunuh berpuluh2 ribu um at islam arab palastine yg sepatutnya di tanmgkap dandibicarakan di mahkamah jenayah antarabangsa atas sebab2 jenayah mereka,tak sepatutnya pem impin2 islam yg mengaku islam mesra terhadap manusia2 pembunuh umat islam itu

tok said cepiau berkata...

Mana penyokong2 najib yg beragama islam ni? Cepat masuk frame dan bagi komen membina. Nk tahu gak cara korang nak bagi justifikasi kemesraan najib dgn yahudi. Sila, sila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.