Cari Blog Ini

1MDB Rosakkan Maruah Malaysia, Kata Muhyiddin



[tmi]- Integriti Malaysia terkesan akibat daripada kontroversi membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh, Johor, hari ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia kini malu untuk mengakui kewarganegaraan mereka selepas isu 1MDB menerima perhatian umum.

"Saya rasa tidak adil tapi saya faham kenapa," kata Muhyiddin dalam ucapannya di hadapan ketua-ketua kampung di Pagoh.

"Saya di Indonesia baru-baru ini menghadiri program golf kebajikan dan ada seorang agak dikenali menghubungi saya dan nak berjumpa.

"Beliau nak tahu apa sebenarnya berlaku di Malaysia, Saya beritahu kebenarannya, Ini berlaku di luar negara.

Mereka risaukan negara jiran, Malaysia," kata Muhyiddin.

Beliau berkata rakyat mahukan kebenaran berkenaan 1MDB dan apa yang kerajaan lakukan dengan isu semasa.

"(Rakyat nak tahu) sama ada ianya ada kaitan dengan kepimpinan atau kerajaan.

Bagaimana kita nak jelaskan? Macam mana kita nak pilih maklumat yang tepat? Caranya hanya menyoal dan berkata benar," kata Muhyiddin.

Beliau berkata, komuniti global pernah membicarakan mengenai kehebatan Malaysia, tapi tidak lagi.

"Kita dikenali kerana pembangunan pesat, ekonomi dan pembangunan, tetapi sekarang hanya benda tak baik mcm perkara baik dah hilang."

Muhyiddin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri kerana mengkritik 1MDB secara terbuka pada Julai, namun beliau masih lagi memegang jawatan timbalan presiden Umno.

Katanya menguruskan 1MDB memberikan kesan kepada kepimpinan dan integriti negara dan Umno, parti pemerintah negara.

"Johor kubu kuat Umno dan Barisan Nasional. Kita nak kekalkan. Tetapi masalahnya persepsi rakyat.

Kepimpinan, 1MDB, dana RM2.6 bilion dan isu-isu lain," kata Muhyiddin di hadapan 300 ketua-ketua kampung.

Muhyiddin berkata tiada salahnya bercakap soal 1MDB.

"Sebagai kawan, saya berikan pendapat mengenai ekonomi dan isu 1MDB walaupun beliau perdana menteri.

Saya katakan jika tidak diuruskan dengan baik ia akan memberikan kesan kepada negara, Saya bercakap ketika itu saya masih lagi dalam kerajaan.

"Majlis Raja-Raja pun keluarkan kenyataan mengenai 1MDB baru-baru ini.

Ini bermakna saya tidak salah. Itu membuktikan mereka sedar apa yang berlaku, Kita tak boleh abaikan," kata Muhyiddin. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.