Cari Blog Ini

[VIDEO & GAMBAR] Terbukti, Himpunan Baju Merah Bersifat Perkauman !



Sudah amat jelas bahawa himpunan baju merah bersifat perkauman, Ia direstui oleh kerajaan UMNO BN. 

Najib dilaporkan berkata UM NO tidak menaja perhipunan berkenaan tetapi tidak menghalang ahli UMNO menghadirinya.

Polis pula tidak menghalang perhimpunan berkenaan sepertimana tegasnya mereka menghalang BERSIH 4.0 yang tidak bersifat perkauman.

Ternyata isu perkauman dimainkan oleh UMNO sebagai talian hayat dan untuk survival UMNO, Malaysia sedang menuju kehancuran di bawah UMNO BN. 


Sertai himpunan hak, bukan himpunan perkauman

Rakyat Malaysia berhak menyertai mana-mana himpunan aman untuk menuntut hak-hak mereka yang dinafikan seperti gaji minimum, hak bersuara, keadilan pilihan raya, kebebasan media, dan menentang rasuah dan penyelewengan, sama ada terhadap majikan mahupun pemerintah.

Jika tujuan himpunan seperti saya sebutkan di atas itu, saya sendiri akan turut menyertainya dan mengajak rakyat untuk bersama-sama, tanpa mengira siapa penganjurnya.

Tetapi, jika himpunan itu berunsur perkauman, membela kezaliman, mempertahan orang yang dituduh rasuah atas nama kaum, maka himpunan seperti itu wajar dijauhi.

Himpunan seperti itu hanya akan menimbulkan perselisihan antara kaum dan agama dan bukan dibuat atas kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Oleh itu, rakyat diminta membuat pertimbangan waras sama ada perlu atau tidak, untuk menyertai himpunan yang akan dibuat kumpulan yang menamakan mereka sebagai Baju Merah, pada 16 September ini.

MOHAMAD SABU presiden Parti Amanah Negara.

                   

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapalah yang mula dulu??? kita disuruh jadi gentlemen. Mereka terus-terusan bertindak crazymen, racistmen, rudemen, , entah apa-apa lagi uncivilized men!!! I may not like Najib but this is about me and my Malay spirit!!! Long live the Malay heroes!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.