Cari Blog Ini

[VIDEO & GAMBAR] Lahirnya Parti Amanah Negara


Ribuan berwarna ‘jingga’ banjiri pelancaran parti Amanah pagi ini
Ribuan individu berbaju berwarna jingga membanjiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam hari ini yang dimulakan dengan ucapan daripada setiausaha agungnya, Anuar Tahir.

Anuar dalam ucapannya berkata, parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli.

Katanya, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini.

"Negeri penyertaan tertinggi ialah Kelantan, diikuti Johor dan Selangor, "Dalam tempoh 15 hari secara kilat menubuhkan 105 kawasan di seluruh Malaysia.

Parti ini hanya wujud di peringkat nasional tanpa cawangan, "Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu.

Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah merujuk kepada Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail


Amanah komited angkat agenda Islam, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (Amanah) menawarkan untuk kekal komited dalam meneruskan agenda Islam sebagai tunjang utama parti itu yang dilancarkan secara rasmi hari ini.

Presidennya Mohamad Sabu berkata, Amanah amat sedar akan kepentingan mempertahankan akidah umat serta penjagaan akhlak orang Islam.

"Amanah sangat peduli akan kemestian membangunkan pemikiran umat, khususnya generasi muda agar memiliki ilmu yang mantap," kata Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dalam ucapan perasmian parti yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) itu.

Menyifatkan parti Amanah sebagai parti berbilang kaum, bekas timbalan presiden PAS itu turut menyatakan rasa bangga dengan hakikat itu.

Katanya, ia berbeza dengan "perhimpunan baju merah" yang sedang berlangsung di ibu kota ketika ini, yang hanya tertumpu kepada satu kaum dan hanya dikuasai kaum Melayu.

"Saya bangga kehadiran hari ini, Semua kaum berada di sini. 


Tidak macam himpunan merah yang rasanya dimonopoli hanya satu kaum,” katanya sambil mendapat sorakan hadirin.

Mat Sabu turut bangga dengan sambutan yang diberikan seluruh negara terhadap parti yang berusia kurang sebulan itu, yang mengambil alih daripada Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang tidak aktif.

"Ribuan berada di dalam dewan ini. Kalau warna merah, mereka perlu habis jutaan ringgit untuk kumpulkan orang," katanya menyindir pihak tertentu yang dikatakan membayar wang supaya orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu atau Himpunan Maruah Melayu di Padang Merbok, Kuala Lumpur itu.
-TMI  





                   
                   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.