Cari Blog Ini

Tun M Bidas Perhimpunan Baju Merah, "Kita Tidak Perlu Himpunan Berasaskan Kaum"


mahathir,baju-merah
Tun M : Kita Tidak Perlu Himpunan Berasaskan Kaum
[fmt]- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan himpunan Baju Merah atau Himpunan Rakyat Bersatu yang dirancang pada 16 September ini di ibu negara.

Menurutnya, perhimpunan itu tidak perlu diadakan kerana negara ini tidak seperti Thailand yang ada bantahan dan demonstrasi mengikut warna baju.

“Apa nak baju merah pulak, tidak payah, Ini bukan soal baju kuning lawan baju merah macam di Bangkok.

Ini kita punya masalah, kita selesaikan masalah kita,” katanya sewaktu ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada Rabu.

Jelas Dr Mahathir, negara kita tidak memerlukan suatu himpunan berasaskan kaum tertentu.

“Tak payahlah, ini bukan soal bangsa, ini soal hendak buang kerajaan,” katanya lagi yang mengulas mengenai “Himpunan Rakyat Bersatu” yang dijadualkan berlangsung pada 16 September.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.