Cari Blog Ini

Terima Kasih 1MDB’, Jawab Nazir Razak



[sinar]- Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak hari ini berterima kasih di atas maklum balas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas beliau mengeluarkan komen mengenai peletakan jawatan Tan Sri Dr Abdul Samad Alias.

"Sekarang kita ada gambaran lebih menyeluruh versi 1MDB mengenai apa yang terjadi bagi membandingkannya dengan kenyataan Samad semalam," katanya dipetik laporan The Malaysian Insider.

Beliau juga mengalu-alukan supaya 1MDB menghubungi Abdul Samad untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Semalam, Nazir didakwa mengeluarkan pendapat atau komen berbentuk spekulatif di laman Instagramnya selepas Abdul Samad mendakwa tidak diberikan sebarang maklumat yang diminta beliau mengenai 1MDB.

"Saya meminta taklimat mengenai keuntungan dan kerugian syarikat (1MDB).

Saya menunggu selama enam bulan tetapi tidak ada sebarang taklimat," kata Abdul samad di sebuah persidangan di Kuala Lumpur, semalam.

"Pada 29 Julai, saya hantar surat peletakan jawatan saya," katanya lagi.

1MDB dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan itu, Arul Kanda ada menemui Abdul Samad pada Januari dan Mac bagi membincangkan hal ehwal syarikat berkenaan.
  
"Arul berkongsi maklumat mengenai kajian semula strategik dan pelan pembaharuan 1MDB dengan Abdul Samad.

"Ini termasuk pembentangan slaid yang menunjukkan tahap obligasi hutang dan faedah syarikat, serta perbincangan mengenai cadangan untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi 1MDB," katanya.


      1MDB bidas Nazir, beri p'dapat b'bentuk spekulatif

1Malaysia Development Bhd (1MDB) membidas  Datuk Seri Nazir Razak atas pendapat berbentuk spekulatif beliau terhadap kenyataan tertentu yang dibuat oleh bekas penasihat 1MDB, Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Alias pada Isnin.
  
"Kami kesal kerana hari ini pihak ketiga seperti Nazir, yang tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai fakta sebenar, memberikan pendapat berbentuk spekulatif," kata syarikat itu.
  
1MDB dalam satu kenyataan di sini, mengesahkan bahawa Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda menemui Abdul Samad pada Januari dan Mac bagi membincangkan hal ehwal syarikat berkenaan.
  
"Arul berkongsi maklumat mengenai kajian semula strategik dan pelan pembaharuan 1MDB dengan Abdul Samad.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Nazir Razak bidas ahli lembaga 1MDB]
  
"Ini termasuk pembentangan slaid yang menunjukkan tahap obligasi hutang dan faedah syarikat, serta perbincangan mengenai cadangan untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi 1MDB," katanya.

Sementara itu, 1MDB berkata syarikat berkenaan tidak menerima sebarang 'permintaan berulang' untuk memperoleh maklumat seperti yang didakwa oleh Abdul Samad.
  
Ia berkata, penyata kewangan 1MDB yang telah diaudit merupakan dokumen yang boleh diakses oleh orang awam, dan syarikat sudah pasti dapat berkongsi dokumen ini dengan Abdul Samad jika permintaan dibuat atau dibuat beberapa kali seperti didakwa oleh Abdul Samad.
  
Abdul Samad juga mempunyai maklumat mengenai anggota lembaga pengarah 1MDB, termasuk nombor telefon mudah alih Arul, kata syarikat pelaburan strategik itu.
  
"Bagaimanapun, 1MDB akan menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh Abdul Samad.
  
"Lembaga Pengarah 1MDB hari ini menghantar surat kepada Abdul Samad untuk mengadakan pertemuan dengan beliau bagi berbincang dan menjelaskan sebarang kebimbangan yang dibangkitkan beliau," katanya IMDB.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.