Cari Blog Ini

Saya Tak Suruh Bakar Patung Kata Ali Rustam



[mk]- Penganjur perhimpunan 16 September ini, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), tidak tahu menahu tentang kejadian membakar patung mirip dua pemimpin DAP berbaju BERSIH di Kelantan.

Presidennya Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata juga beliau memberi jaminan bahawa tiada sebarang insiden "bakar-membakar" pada perhimpunan Rabu ini.

"Itu kita tak tahu (kejadian di Kelantan), Kita tak ada bakar-bakar patung, Siapa yang bakar mana-mana gambar, itu dia tanggung sendiri.

"Saya tak suruh, Janganlah buat benda ni," katanya dalam sidang media di Batu Caves hari ini.

Dalam sebuah video dimuat naik ke Internet, kelihatan patung dengan wajah mirip Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin popularnya Lim Kit Siang dibakar rentung.

Dalam acara itu juga, kelihatan tempat sembahyang orang mati Cina disedia dan dihias dengan gambar dua pemimpin itu, yang juga anak beranak.

Ia sebelum itu menyaksikan ucapan seorang lelaki yang mengecam keras BERSIH sebagai “celaka”, “durjana” dan “jahanam” yang hendak memecahkan orang Melayu.

Acara itu dilapor diketuai oleh ketua Umno Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, yang juga bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Fatmi ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas kontroversi kontroversi itu atas alasan bimbang kenyataannya dipusing.

Beliau bagaimanapun mengakui berada dalam majlis yang dikatakan berlaku semalam itu tetapi berkata bukan beliau yang membakarnya.

Artikel Berkaitan : [VIDEO & GAMBAR] Terbukti, Himpunan Baju Merah Bersifat Perkauman !

Artikel Berkaitan : Perhimpunan Kaum 'Baju Merah' : Malaysia Sudah Tidak Aman !!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni lagu mana pulak? Kemarin nafi PESAKA anjur...hari ni lagu ni pulak...

Tanpa Nama berkata...

bakar colok yang besar batang kelapa tu dalam seratus atau dua ratus puntong Be ...baru le kow sikit ........!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ALI RUSTAM INI BUKAN JENIS ORANG BER TANGGUNG JAWAB KAN...

TENGOK SAJA MELAKA DI BAWAH NYA DULU... BUDAK SEKOLAH BUANG ANAK PON BANYAK.

INI BUKAN ADA OTAK PON.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.