Cari Blog Ini

Ringgit Mungkin Susut Lagi Minggu Depan


Ringgit mungkin susut lagi minggu depanKetua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, ringgit akan memasuki tempoh yang lebih tidak menentu minggu depan.

Ringgit kemungkinan akan meneruskan trend menurun berbanding dolar US minggu depan berikutan sentimen yang lebih lemah di pasaran global, kata peniaga.

Peniaga berkata, beberapa faktor seperti pertumbuhan ekonomi China yang semakin lembap dan kejatuhan harga minyak, dijangka memberi tekanan ke atas pasaran mata wang minggu depan, termasuk unit tempatan.

Menurutnya, pelabur juga akan memantau pengeluaran senarai gaji bukan ladang lewat Jumaat bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, ringgit akan memasuki tempoh yang lebih tidak menentu minggu depan, dipengaruhi pergerakan harga minyak mentah dan pengeluaran data ekonomi.

"Ia agak stabil minggu ini. Kami masih menjangka tahap kejatuhan harga minyak akan lebih lambat dan itu bermakna ringgit akan mempunyai potensi penyusutan yang terhad," katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat, minyak mentah Brent untuk Oktober merosot 12 sen kepada US$50.56 setong, selepas mencatat paras terendah hari ini pada US$49.68 setong.

Minyak mentah AS juga turun 20 sen kepada US$46.55 setong.

Unit tempatan itu dijangka bergerak sekitar 4.28 dan 4.30 dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang, kata Pong.

Untuk minggu baru berakhir, ringgit jatuh berbanding dolar US kepada 4.2560/2610 berbanding 4.1950/1050 Jumaat lepas.
Mata wang tempatan itu merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0040/0085 daripada 2.9877/9969 dan turun berbanding yen kepada 3.5738/5792 daripada 3.4721/4812 sebelum ini.

Ia susut berbanding pound sterling kepada 6.4849/4933 daripada 6.4561/4732 minggu lalu dan jatuh berbanding euro kepada 4.7408/7468 daripada 4.7349/7470 sebelum ini.

astro awani


      Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS

Ringgit hari ini ditutup lebih rendah berbanding dolar AS berikutan lebih banyak pelabur mengalih minat daripada mata wang pesat berkembang kepada aset selamat, kata peniaga.

Pada 5 petang, ringgit diniagakan pada 4.3275/3325 berbanding dolar AS daripada 4.2560/2610 pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata hari ini dolar AS menerima sedikit sokongan berikutan pengumuman data pekerjaan AS yang bercampur-campur membantu pelabur mendapat gambaran lebih jelas berhubung pemasaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Ringgit turut rendah dalam dagangan berbanding mata wang utama lain.
  
Ia menyusut berbanding dolar AS kepada 3.0330/0374 daripada 3.0040/0085 pada Jumaat dan jatuh berbanding yen kepada 3.6277/6325 daripada 3.5738/5792 sebelum ini.

Unit tempatan merosot berbanding pound sterling kepada 6.6038/6127 daripada 6.4849/4933 pada Jumaat dan menyusut berbanding euro kepada 4.8299/8372 daripada 4.7408/7468 sebelum ini. 

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.