Cari Blog Ini

Ramai Puji Anina Kerana Berani Hentam Najib !


Mahfuz: Tahniah Mahsuri baru Pulau Langkawi [gambar fail]
[mk]- Dipecat dan dikritik pemimpin parti sendiri, siapa sangka Anina Saadudin disanjung anggota parlimen daripada parti bermusuh.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini tampil mengucapkan tahniah kepada Ainina “atas keberanian bertutur benar kepada presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia yang berkuasa”.

Bekas naib presiden PAS itu malah menyamakan Anina dengan legenda Mahsuri yang berkait rapat dengan pulau pelancongan terkenal itu.

“Selepas 58 tahun merdeka Malaysia berjaya melahirkan seorang srikandi baru dari pulau legenda Mahsuri Langkawi yang punya keberanian sehingga sanggup hilang kedudukan dalam parti pemerintah,” katanya.

Anina sebelum ini dipecat selepas menyaman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi menuntut sebahagian daripada RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Anggota Umno Langkawi itu berkata beliau bertindak demikian demi kepentingan tiga juta ahli parti dan bagi pihak Malaysia.

Beliau menjadi perhatian umum selepas videonya mengkritik Najib sebagai “kencing” (tipu) anggota Umno di seluruh Malaysia tersebar meluas di Internet.

PAS hulur tangan

Sementara itu, Mahfuz dalam kenyataan hari ini berkata kes menimpa Anina menggambarkan amalan tidak demokratik dan pemecatan itu pula bertujuan “melindungi presiden Umno”.

“Tidak wajar peruntukan perlembagaan diguna dalam kes ini ke atas Ainina, Apa yang dilakukan Anina sepatutnya dilihat untuk kebaikan Umno,” katanya lagi.

Beliau juga berkata Anina tidak mempunyai pilihan apabila Najib “buat pekak badak” apabila didesak memberi penjelasan berhubung derma politik itu.

“Apa lagi yang boleh dilakukan bagi seseorang ahli parti yang sayangkan Umno seperti Anina,” kata Mahfuz.

Beliau justeru menggesa pensyarah berumur 40 itu untuk terus berjuang walaupun tanpa Umno di sisinya.

“Rakyat Malaysia khususnya penduduk negeri Kedah yang berpayung Di bawah Duli Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berbangga memiliki wanita seperti anda yang menjadi serikandi bangsa untuk menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua.

“Ayuh kami hulurkan salam perjuangan untuk kita bersama menentang salah guna kuasa dan ketamakan harta,” katanya lagi.

Selepas pemecatannya, PAS antara parti dilihat cuba mendekati Anina, antaranya apabila wanita itu mahu diundang untuk program besar mereka Kongres Rakyat bagi membincangkan isu-isu semasa dalam negara.


Anina: Surat Dr M untuk kita semua
Anina Saadudin mengaku terharu menerima sepucuk surat dari bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad yang berkongsi kesedihan apabila anggota Wanita Langkawi itu dipecat partinya.

“Saya terharu terima surat dari Tun Mahathir.

“Saya tak sangka orang yang membangunkan negara dengan membina bangunan tertinggi di Malaysia utus surat pada saya dan berkongsi kesedihan pemecatan saya,” katanya ketikan dihubungi Malaysiakini.

Katanya lagi, surat yang diterima melalui pembantu Mahathir itu semalam bukan hanya untuk dirinya sebaliknya kepada jutaan rakyat Malaysia yang menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Rakyat Malaysia perlu sedar Tun M (Mahathir) bersama 28 juta rakyat Malaysia. Kita tidak keseorangan.

“Saya lebih suka ia dianggap surat penghargaan untuk semua,” katanya.

Dalam surat yang diterimanya semalam, antara lain Dr Mahathir menyebut, negara memerlukan rakyat seperti Anina.

Pesanan itu disampaikan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu ekoran pemecatan Anina sebagai ahli Umno awal bulan ini kerana menyaman presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Anina dipecat selepas memfailkan saman Jumaat minggu lalu untuk mendapatkan sebahagian daripada sumbangan luar untuk Umno yang dimasukkan ke akaun Najib.

Ujar Dr Mahathir, meskipun sedih dengan pemecatan Anina namun bapa Menteri Besar Kedah sekarang itu bangga kerana dia bercakap benar dan tidak takut dituduh pengkhianat.

“Saya harap surat ini akan bakar semangat rakyat biasa seperti biasa untuk meneruskan perjuangan,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.