Cari Blog Ini

Presiden PAS Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Himpunan Melayu Bersatu, Lain Pula Kata Setiausaha Agung PAS !


PAS tidak tolak kemungkinan sertai Himpunan Melayu Bersatu
PAS  tidak menolak kemungkinan akan menyertai Himpunan Melayu Bersatu yang dirancang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,  16 September ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata pihaknya akan menilai dahulu tujuan dan matlamat penganjuran perhimpunan berkenaan.

Menurutnya, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam sejak sekian lama tidak akan berganjak daripada prinsip serta dasar parti.

"Yang menyatukan Melayu mesti Islam bukan semangat kebangsaan, yang kedua, orang Melayu perlu mengambilkira kaum lain, jangan abaikan kaum lain.

"Ini kerana saya sebut dalam banyak ucapan saya...kaum lain juga adalah mangsa penjajahan," kata Hadi di sini, hari ini.

Menurutnya, PAS tidak menyertai perhimpunan Bersih 4 kerana menganggap ia tidak wajar kerana diadakan ketika negara di ambang sambutan Hari Kemerdekaan.

Mengulas mengenai tindakan peserta yang memijak gambarnya pada perhimpunan Bersih 4 baru baru ini, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak matang.
"Saya anggap itu langkah kebudak-budakan.

Saya anggap itu langkah budak, serah pada orang tua,Orang tua budak-budak tu, Saya harap kerajaan pun jangan jadi budak-budak."

- astro awani

Pas sah tak sertai Himpunan Rakyat Bersatu
[sinar]- Pas hari ini mengesahkan pengecualian penyertaan mereka dalam Himpunan Rakyat Bersatu yang dikatakan akan berlangsung pada 16 September depan.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, pihaknya tidak dihubungi atau menerima sebarang jemputan rasmi mengenai himpunan tersebut.

“Kami tidak mengetahui, tidak dihubungi atau dijemput secara rasmi oleh penganjur himpunan yang dimaksudkan.

“Kami tidak mengetahui tujuan himpunan, penyertaan, aturcara dan agendanya untuk membolehkan kami menilai atau memberi komitmen terhadap himpunan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, faktor Kongres Rakyat yang pada masa itu baharu sahaja diadakan merupakan salah satu faktor bagi keengganan pihaknya menyertai himpunan terbabit.

“Kami (pada ketika itu) baharu sahaja selesai menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam yang melibatkan kehadiran ahli dan seluruh penyokong dari seluruh negara.

“Bagi kami, adalah keterlaluan serta menjadi bebanan buat ahli Pas sekiranya mereka sekali lagi diminta turun ke ibu kota untuk tujuan menghampiri himpunan lain pada tarikh yang begitu hampir,” ujarnya lagi.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, pihaknya tetap memberikan sokongan teguh terhadap penganjuran himpunan terbabit.

Menurutnya, himpunan tersebut bebas diadakan selagi ia dibuat dengan aman dan selamat.

“Kami melihat penganjuran himpunan tersebut dari sudut yang sama, Himpunan tersebut diadakan sebagai hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman.

“Ia sewajarnya diterima dan dirai semua pihak, termasuk pihak berkuasa,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pas tidak sertai Himpunan Melayu Bersatu...Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

ROMPIN - Pas menafikan akan menyertai Himpunan Melayu Bersatu yang akan diadakan pada 16 September depan seperti yang tersebar di media sosial sekali gus menolak penglibatan parti Islam itu dalam penganjuran himpunan berkenaan.

“Soal penyertaan Pas dalam himpunan itu tidak berbangkit dan tiada langsung dibincang dalam mesyuarat (AJK Pas Pusat)..lagi pun tuntutan yang mereka buat melalui himpunan itu tidak jelas.

“Kita (Pas) bukan pejuang perkauman dan kalau benar menuntut untuk bersatu, maka biarlah semua (Malaysia) bersatu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas selesai Program Dialog Isu Semasa yang diadakan di Markas Pas Cawangan Kampung Sepakat, di sini malam tadi yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut menegaskan jika terdapat bendera Pas dikibarkan dalam himpunan berkenaan maka ia bukan ahli parti atau kemungkinan tindakan provokasi daripada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu Pas kini memberi fokus kepada penganjuran dua program besar iaitu Kongres Rakyat yang bakal diadakan di Shah Alam pada 12 September depan dan Himpunan Umum 60 Ribu yang bakal diadakan di Kota Bharu pada 17 Oktober depan.

“Himpunan Umum 60 Ribu itu dianjurkan sempena menyambut ulang tahun Pas Kelantan kali ke-60 dan juga sempena Sambutan Jubli Perak Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.
Suka · Balas · 6 min
Omar Harris



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.