Cari Blog Ini

Polis Tidak Akan Membenarkan Perhimpunan Baju Merah Berlangsung Kata Ketua Polis Negara


Polis panggil penganjur himpunan baju merah, kata Khalid
[tmi]- Penganjur "perhimpunan baju merah" akan dipanggil menghadiri satu perjumpaan dengan polis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, sambil menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan perhimpunan itu berlangsung.

Khalid berkata, beliau mengarahkan ketua polis Kuala Lumpur bertemu pihak penganjur itu bagi menghalang mereka meneruskan rancangan berhimpun di jalanan pada 16 September.

"Saya sudah arahkan polis KL memanggil pihak penganjur.

Kami meminta mereka memikirkan tempat yang lebih sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

"Polis sudah membuat penilaian mengenai keselamatan serta ketenteraman awam dan kami tidak akan membenarkan mereka meneruskan perhimpunan di kawasan yang mereka rancang itu,” katanya.

Perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu dikatakan dianjurkan Umno bersama ahli PAS sebagai demonstrasi bertindak balas kepada perhimpunan 34 jam Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan : Biar Pun Tidak Dapat Kebenaran Polis, Himpunan Baju Merah Tetap Di Teruskan !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.