Cari Blog Ini

Perhimpunan Kaum 'Baju Merah' : Malaysia Sudah Tidak Aman !!!


Diketuai Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam sebuah video yang dimuat ke YouTube. – Gambar skrin, 14 September, 2015.
Umno Kota Baru bakar patung pemimpin DAP menjelang ‘himpunan baju merah’
[tmi]- Menjelang "himpunan baju merah", Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini.

Dalam sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang diketuai Ketua Bahagian Kota Baru Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Upacara itu berlangsung dalam sebuah program yang diadakan pada 13 September baru-baru ini ibu negeri Kelantan itu.

Fatmi yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak dalam video itu memberi ucapan menyeru ahli Umno supaya menyertai himpunan pada 16 September demi mempertahankan maruah orang Melayu.

"Orang Kota Baru berjuanglah, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara," kata Fatmi.

Beliau juga mengecam kedua-dua pemimpin DAP dan penganjur Bersih 4 yang mahu memecah-belahkan kaum Melayu.

"Kita bakar patung mereka ini sebagai simbolik, simbolik kita protes, kita tentang semua Bersih yang menipu ini.

"Setuju atau tidak? (kemudian disambut oleh orang ramai yang hadir).

Mereka ini durjana, celaka nak memecahkan orang Melayu dan memecahkan negara ini," kata Fatmi dalam video itu.

Himpunan baju merah atau dikenali Himpunan Rakyat Bersatu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Najib sebelum ini berkata, Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertainya.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider pada hujung minggu lalu mendedahkan mengenai notis dikeluarkan Ibu Pejabat Umno yang mengerah ahli-ahli di bahagian untuk turun ke himpunan tersebut.

Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan himpunan baju merah pada 4 September lalu.

Rauf mengesahkan mengenai mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider tetapi berkata surat itu sudah "overtaken by events" dan menyifatkan ia sebagai persediaan jika terdapat jemputan daripada pihak penganjur.


'Saya ada situ, tapi bukan saya yang bakar'
[mk]- Ketua Umno Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh enggan mengulas kontroversi sebuah majlis pembakaran patung pemimpin DAP berbaju BERSIH di Kota Bharu semalam.

“Saya tak mahu komenlah Malaysiakini,Nanti dia pusing cerita, cakap lain keluar tajuk lain.

“Selalu Malaysiakini macam itu, selalu kawan-kawan saya kena, Malaysiakini suka tajuk yang provokatif sikit.

"Tak nak komen,” katanya ketika dihubungi, Beliau bagaimanapun mengakui berada dalam majlis yang dikatakan berlaku semalam itu.

“Ya, saya memang berada di situ, dalam majlis itu, Tetapi bukan saya yang bakar.

"Takkanlah saya nak bakar,” katanya yang juga bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Di Internet, tersebar video bagaimana dua pemimpin DAP berbaju BERSIH menjadi kemarahan sekumpulan penyokong perhimpunan kontroversi 16 September ini di Kuala Lumpur.

Dalam sebuah video dimuat naik ke YouTube, patung dengan wajah mirip Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin popularnya Lim Kit Siang dibakar hingga rentung.

Dalam acara itu juga, kelihatan tempat sembahyang orang mati Cina disedia dan dihias dengan gambar dua pemimpin itu.

Ia sebelum itu menyaksikan ucapan seorang lelaki, yang dilaporkan sebagai Fatmi, mengecam keras BERSIH sebagai “celaka”, “durjana” dan “jahanam” yang hendak memecahkan orang Melayu.


   Taksub kaum umpama jahiliah, kata mufti Pulau Pinang

[tmi]- Islam melarang umatnya mengamalkan sikap taksub kepada bangsa dan kaum tertentu, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor.

Salim berkata, tindakan itu boleh dianggap sebagai saki-baki kehidupan "jahiliah".

"Rasullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: 'Barang siapa menyeru kepada sikap taksub kepada bangsa atau kaum (assabiyyah), berperang di atas dasarnya atau mati di atasnya, maka sesungguhnya dia mati dalam jahiliyah'.

“Dalam konteks Malaysia, sikap taksub kepada bangsa atau kaum sepatutnya tidak lagi menjadi teras perjuangan.

Sebaliknya mesti dipupuk semangat kewarganegaraan sebagai ganti," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.
 
Pada 16 September ini, sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur digelar "Himpunan Melayu Bersatu" atau "himpunan baju merah".

Penganjur berkata perhimpunan itu sebagai bantahan kepada demonstrasi Bersih 4 hujung bulan lalu yang dihadiri majoriti Cina.

Menurut mufti Pulau Pinang, Islam juga melihat kepada kepelbagaian bangsa dan puak dengan pandangan yang rasional dan positif seperti tercatat dalam Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 13.

Dalam pada itu, katanya, orang Melayu beragama Islam seharusnya menunjukkan sikap yang baik kepada kaum dan agama lain.

"Daripada mengapikan perasaan benci kepada bukan Melayu, lebih baik tingkatkan aktiviti dakwah kepada mereka.

"Di samping itu, bangsa lain juga harus menghormati hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Mereka perlu berhati-hati dalam ucapan dan tindak tanduk supaya tidak menyinggung sensitiviti bangsa Melayu," katanya.

                    

Artikel Berkaitan :  Perhimpunan Kaum ‘Baju Merah’ Sah Kata Polis

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.