Cari Blog Ini

[Gambar & Video] Penyokong Muhyiddin Yassin Gegar PWTC


Laungan ‘Hidup Muhyiddin, Kekalkan Muhyiddin’ bergegar di PWTC
[tmi]- Lebih 100 penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Umno Johor, majoritinya Bahagian Pagoh, berhimpun di ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang ini sambil melaungkan slogan 'Hidup Muhyiddin, Kekalkan Muhyiddin'.

Berpakaian serba hitam dengan baju yang dicetak muka timbalan naib presiden itu, dengan tulisan 'The Authentic Leadership', mereka mendesak agar kepimpinan Muhyiddin dikekalkan dalam parti Umno.

Mereka turut memegang poster dan plakad yang bertulis 'Kekal Muhyiddin'.

Sementara menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno selesai pada petang ini, mereka menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu parti serta menyatakan sokongan mereka kepada Muhyiddin dan parti.

Ahli Umno Cawangan Batu Pahat Ramlee Wahab berkata, perhimpunan aman mereka hari ini bertujuan menunjukkan sokongan kepada Muhyiddin.

"Kami hadir sebagai solidariti kepada Muhyiddin.

Kami mahu beliau kekal sebagai timbalan presiden Umno, Kami tak buat kecoh, kami berhimpun secara aman di sini," katanya.


                      

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.