Cari Blog Ini

PAS Cukup Kuat, PAS Tak Akan Sertai Pakatan Pembangkang Baharu, Kata Presiden PAS



[tmi]- Ketika pihak lain berbalah sama ada PAS patut menyertai pakatan pembangkang yang baharu atau tidak, presiden parti Islam itu dilaporkan berkata, ia tidak akan terjadi, lapor sebuah laman portal semalam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan laman Ismaweb berkata, tidak akan ada penyertaan daripada PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu atas sebab agenda yang tersirat di sebalik pakatan tersebut.

“Kita tidak boleh hanyut. Pakatan baharu semata-mata hanya untuk menang pilihan raya akan datang.

Mereka tiada agenda untuk memartabatkan Islam,” beliau dipetik berkata selepas pertemuan dengan Sekretariat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit 2015) di Bangi pada Rabu.

Hadi dilaporkan berkata, pembentukan pakatan baharu tidak jelas dalam mendaulatkan Islam.

“Konsep kita, mahu Islam didaulatkan dan dimartabatkan kerana kita tahu negara kita mempunyai majoriti beragama Islam,” katanya kepada Ismaweb, sambil menambah pakatan baharu membawa agenda sebaliknya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertegas PAS akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang baharu, menyatakan ia pendirian kolektif parti selaras amanat ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima mana-mana pihak menentang Barisan Nasional.

Tetapi, ia tidak dipersetujui Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang percaya parti sekular mereka tidak lagi boleh bekerjasama dengan parti Islam itu susulan pengalaman buruk mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini hingga menyebabkan pakatan itu terbubar.

Bagaimanapun, Azmin yang juga menteri besar Selangor jelas masih menganggap PR masih wujud dan mahu PAS terus kekal dalam pentadbiran Selangor.

Parti Amanah Negara (Amanah), parti pembangkang bercirikan Islam yang baru ditubuhkan sebagai alternatif untuk rakyat pula berkata, pemimpin mereka sepakat menerima PAS dalam gabungan baharu tetapi parti Islam itu sendiri yang nampaknya mahu bersendirian.

Timbalan Pengerusi Amanah Salahudin Ayub berkata, sebagai sebuah parti politik Islam yang mengangkat nilai inklusif, Amanah terbuka untuk berunding termasuk dengan PAS.

Tetapi, kata ahli jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad, dilihat daripada pendirian Hadi, terbukti PAS nampaknya lebih senang bersendirian.

Bagaimanapun, sebelum ini, ahli parlimen Sepang yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah, Mohamed Hanipa Maidin menolak cadangan PKR untuk terus melibatkan PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0.

Pada Selasa lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bermesyuarat dengan Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu bagi membincangkan secara terperinci hala tuju gabungan baharu pembangkang.

Dr Wan Azizah dilaporkan mengalu-alukan Amanah sebagai parti pembangkang baharu dan dipercayai akan bertemu pemimpin DAP dan PAS untuk membincangkan inisiatif Pakatan Rakyat 2.0.

Artikel Berkaitan : Presiden Pas : Pas Cukup Kuat, Tak Perlu Parti Lain

Artikel Berkaitan : Presiden Pas Cakap PAS Cukup Kuat, Tak Perlu Parti Lain, Setiausaha Agung Pas Pula Kata PR 2.0 Kena Ada Hitam Putih 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS d bwh TGHH tlh mmbuktikn:
- Tlh khianat pd rangka polisi krjsama PR
- Tlh brtnding lwn PKR dlm GE13
- Hadi tidk sokong Anwar sbgai PM
- Tlh mnolak hak DSWA pilihn PKR sbgai MB S’gor.
- Kolisi kmbar PAS-PKR & PKR-DAP-AMANAH tidk praktik (ruj S46-DAP & S46-PAS 1990)
- PAS trkini pro-Najib & pro-UG.

Nampak gaya klw PKR jd pro-PAS sbhgian ahli PKR bakal mlompat ke AMANAH & DAP (sbgmne brlaku kpd PAS dgn lahirnye AMANAH)

MASING2 DH BUAT PNDIRIAN; & KITE PRLU MNGHORMATINYE;
- PKR bole bkrjsama dgn MNE2 PARTI.
- AMANAH bole bkrjsama dgn MNE2 PARTI,
- PAS tk bole nk bkrjsama dgn DAP & AMANAH,
- DAP tk bole nk bkrjsama dgn PAS,
& KITE PRLU MNGHORMATINYE.

SO, KNAPE LA SUSAH2 SGT NK PIKIR?
Ini brmakna yg bole brsatu & bkrjsama dlm satu pakatan hanyelh;
PKR + DAP + AMANAH = PR 2.0. full-stop.

Ape la nk lengah2 lg, yg tk nk tu tinggalkn je la.
Klw dh tk bole nk bkrjsama, adenye pun nnt bole mnyusahkn.
LET’S JUST MOVE ON ….!!!! P/RAYA DH DKT NI…
Wallahua’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.