Cari Blog Ini

Najib Tak Halang Ahli Umno Sertai Himpunan 16 Sept, Tidak Membenarkan Perhimpunan Itu Di Ibu Negara Kata Ketua Polis Negara


Polis siasat artikel berbaur hasutan di media sosial
Polis akan menyiasat sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada 16 September ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana cubaan menghasut.

Setakat ini, polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan, dan polis menganggap perhimpunan ini melanggar undang-undang," katanya semalam.

Sehubungan itu, Zainol meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan itu, seperti yang disiarkan dalam media sosial tersebut.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat itu," katanya.

Maklumat mengenai perhimpunan itu telah menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan laman blog tempatan.

- Bernama


  IGP nasihat penganjur perhimpunan pilih tempat sesuai

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan penganjur 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dijadual berlangsung di ibu negara 16 September ini supaya memilih tempat yang bersesuaian demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata polis tidak membenarkan perhimpunan itu di ibu negara atas faktor keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan penduduk warga kota.

"Ia akan mengganggu banyak pihak termasuk peniaga, pelancong dan pemandu teksi," katanya pada sidang media selepas istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara sempena ulang tahun ke-77 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Sebanyak 136 penerima yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima pingat itu di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Media melaporkan 'Himpunan Rakyat Bersatu' dijadual berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan BERSIH 4 di sekitar Dataran Merdeka yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota pada 29 dan 30 Ogos lepas.

-Bernama


       Najib tak halang ahli Umno sertai himpunan 16 Sept

[mk]- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno bebas untuk menyertai perhimpunan 'Baju Merah' pada 16 September ini tetapi mengingatkan mereka supaya patuh kepada undang-undang.

Beliau berkata undang-undang yang sedia ada yang akan digunakan oleh polis dalam perhimpunan untuk membantah himpunan BERSIH 4.

"Tidak, (saya tidak halang anggota Umno sertai himpunan itu).

"Negara ini bebas selagi mereka mematuhi undang-undang. Tiada siapa yang mengatasi undang-undang, termasuk anggota Umno. Mereka tidak boleh mengatasi undang-undang.

"Kita mempunyai undang-undang, kita mempunyai polis, selagi Kabinet mengambil maklum mengenai siapa yang mahu mengadakan sebarang himpunan yang mengikut peraturan dan apa sahaja arahan daripada polis," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. 

[Baca berita asal]

Sementara itu Bernama melaporkan Umno tidak terbabit dalam penajaan satu perhimpunan yang dirancang di ibu negara pada 16 Sept ini, kata Najib.

Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata pendirian parti adalah jelas - setiap anggota perlu mematuhi arahan pihak berkuasa dan ketenteraman serta keamanan negara perlu terus dipelihara.

"Pendirian Umno, kita mesti patuh kepada undang-undang negara termasuk arahan daripada pihak polis," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu negara hari ini.

Tegasnya, Umno tidak boleh kompromi dalam soal menjaga keamanan dan ketenteraman negara.

"Kita tidak boleh jadikan ia (perhimpunan itu) sebagai platform yang berbaur perkauman, Ini kita tolak sama sekali," katanya.

Polis tidak membenarkan 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 16 Sept ini atas implikasi keselamatan.

Tegas Najib, Umno berada di atas prinsip yang sentiasa berdiri sebagai satu parti bersama rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dan mementingkan hubungan antara kaum yang perlu disemai dan terus dipelihara.

"Kita percaya kepelbagaian kaum adalah hubungan dan asas yang penting dalam menentukan kekuatan negara ini. Jadi, perkara ini yang saya tekankan," katanya.



Artikel Berkaitan : Tun M Bidas Perhimpunan Baju Merah, "Kita Tidak Perlu Himpunan Berasaskan Kaum"

Artikel Berkaitan : Rafidah Bidas Kumpulan Baju Merah

Artikel Berkaitan :  [Gambar] ‘Baju Merah’ Dijual Di PWTC Ketika Mesyuarat MT Umno Berlangsung, Berpuluh-Puluh Ribu Orang Beli !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.