Cari Blog Ini

Mesyuarat Umno Di PWTC : Najib Lalu Pintu Belakang, Sindir Anina



[mk]- Bekas anggota Wanita Umno Anina Saadudin hari ini mengambil kesempatan menyindir presiden parti itu kerana hadir ke mesyuarat Umno di ibu negara melalui pintu belakang.

Sekumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak awal petang tadi berkumpul di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika terdapat ura-ura timbalan presiden mereka akan dipecat.

Spekulasi itu bagaimanapun meleset kemudiannya.

“Apa yang lebih menghairankan adalah Datuk Seri Najib takut untuk memasuki ibu pejabat Umno melalui pintu hadapan.

“Beliau telah dibawa masuk melalui pintu belakang seperti seorang yang ketakutan,” katanya yang dipecat kerana menyaman Najib dalam isu derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri.

Menulis dalam Facebooknya, Anina berkata manusia hanya perlu berasa takut jika berbuat salah dengan menyamakan ia dengan tindakan Najib yang didakwanya "lari" dari menghadiri program Nothing To Hide.

Anina turut menyoal Najib bagaimana beliau boleh takut berdepan dengan ahli Umno yang menunggu kehadiran pemimpin Umno di pintu depan bangunan yang menempatkan ibu pejabat Umno.

"Saya ingin tegaskan bahawa DSN (Datuk Seri Najib) tidak perlu takut kepada ahli-ahli Umno kerana mereka bukanlah 'isteri' DSN.

"Sebaliknya, mereka adalah ahli-ahli Umno yang DSN sedang pimpin, "Adakah DSN juga memasuki Sri Perdana melalui pintu belakang? soal Anina.

Artikel Berkaitan : [Gambar] Penyokong Muhyiddin Yassin Gegar PWTC

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.