Cari Blog Ini

Mereka Hanya Tidak Setuju Dengan Pemimpin PAS Yang Mengaku Ulama


Che Ibrahim Mohamed
'Mereka hanya tidak setuju dengan pemimpin Pas'
[sinar]- Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim menegaskan apa yang berlaku di dalam Pas kini tidak boleh dianggap sebagai perbuatan menghina ulama.

Menurutnya, pihak yang tidak bersetuju dengan Pas juga sebenarnya tidak pernah sesekali berniat untuk menolak golongan ulama.

“Mereka hanya tidak bersetuju dengan pendekatan dan kepimpinan beberapa pemimpin Pas yang kebetulannya dianggap sebagai ulama, bukannya menolak ulama secara keseluruhan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan veteran Pas, Subky Latif yang meluahkan kebimbangan sekiranya dibiarkan pihak tertentu memperlekehkan ulama, didatangi ‘tulah’ (kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan) oleh ALLAH SWT.

Che Ibrahim berkata, kepercayaan_ bahawa perbuatan menghina ulama boleh membawa 'tulah' adalah kepercayaan karut dan termasuk dalam perkara khurafat.

“Tidak ada sesiapa pun yang boleh mendatangkan mudarat atau manfaat kepada orang lain kecuali dengan izin ALLAH SWT.

Islam mengajar umatnya menghormati semua golongan masyarakat tanpa mengira darjat dan status termasuk ulama dan bukan ulama.

“Itu membuktikan bukan sahaja ulama, bahkan seorang peminta sedekah pun tidak boleh diperlekehkan," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.