Cari Blog Ini

Menteri Ugut BERSIH !, 'Enggan Bayar Bil, Mungkin Sampah Ditinggal Depan Pejabat'



[mk]- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin akan melonggokkan sampah sarap di depan pejabat BERSIH 2.0 jika mereka berkeras enggan membayar bil tuntutan kutipan sampah pada himpunan BERSIH 4 .

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas sikap "kebudak-budakan" BERSIH kerana mempersendakan pegawainya yang tersilap menghantar surat dan keengganan BERSIH membayar bil sebanyak RM65,000 itu.

“Kebudak-budakan. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap BERSIH yang enggan membayar bil tuntutan DBKL dan juga tindakan mereka mempersendakan pegawai-pegawai yang telah tersilap menghantar surat tuntutan tersebut.

"Jika BERSIH terus berkeras untuk tidak membayar bil tuntutan tersebut, pada perhimpunan haram seterusnya yang mereka anjurkan, mungkin saya patut menghantar segala sampah sarap yang mereka tinggalkan itu di depan pejabat mereka.

"Jika ini berlaku, saya jamin kali ini saya akan hantar sampah sarap tersebut ke alamat yang betul!" kata Rahman dalam kenyataannya hari ini.

Hari ini BERSIH meletakkan kain rentang di pagar pejabatnya bagi memudahkan Rahman mengecamnya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh pengerusinya Maria Chin Abdullah, pagar pejabat mereka di Petaling Jaya ditandakan dengan tulisan "BERSIH 4" dan diletakkan juga anak panah merah besar menunjukkan nombor pejabat mereka.

Mengulas lanjut, Rahman mendakwa gabungan NGO melakukan "pembohongan" kerana berjanji untuk membersihkan kekotoran sebelum meninggalkan lokasi perhimpunan itu, bulan lalu.

"Saya ada gambar-gambar yang menunjukkan segala timbunan sampah dan juga kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan oleh kakitangan Alam Flora," katanya.

Beliau yang pengarah komunikasi BN turut membidas sikap peserta BERSIH yang melanggar adab kesopanan dan juga mengabaikan kebersihan awam.

Sementara itu, Rahman turut menyelar BERSIH yang berjaya mengutip dana bernilai RM2.4 juta dan bil berjumlah RM65,000 itu tidak sedikit pun akan menjejaskan dana yang mereka perolehi.

"Sikap mereka yang enggan membayar juga jelas menunjukkan mereka sengaja mempermain-mainkan penderma-penderma," katanya.


Penganjur Bersih 4 Terima Bil Pembersihan RM65,000
[mstar]- Penganjur Perhimpunan Bersih 4 menerima bil pembersihan RM65,000 daripada wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Terdahulu pegawai kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan gagal menemui rumah yang betul untuk menyerahkan bil tersebut pada Sabtu.

"Kami menerima 'bil' walaupun kami membantu membersihkan jalan di sekitar Kuala Lumpur," kata Bersih 2.0 di laman Twitternya pada Isnin.

Dalam Twitter itu turut dimuat naik gambar Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menerima bil tersebut daripada seorang pegawai DBKL.

Terdahulu, penganjur Bersih menaikkan kain rentang dan papan tanda di luar premisnya di Petaling Jaya untuk memastikan pegawai tersebut sampai ke lokasi yang tepat.

Jawatankuasa tersebut turut mencetak notis dengan alamat lengkap Bersih 2.0 di Petaling Jaya dan papan tanda berbunyi Ibu Pejabat Bersih 2.0 yang diletakkan di pagar premis tersebut.

Lukisan anak patah berwarna merah turut ditampal di sebelah pagar supaya pegawai tersebut tidak terlepas premis No.13 itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.