Cari Blog Ini

Laporan Al-Jazeera : Najib, Putrajaya Perlu Bersihkan Nama Malaysia



[tmi]- Putrajaya perlu membersihkan nama Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, susulan penyiaran dokumentari berhubung pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menulis di blognya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan kerajaannya ada tugas untuk “membersihkan nama kita”.

“Kerajaan perlu ambil filem dokumentari itu secara serius dan cuba bersihkan nama kita.

“Ambil tindakan terhadap Al-Jazeera di Malaysia tidak akan ubah apa-apa, Dokumentari itu kini viral di Malaysia dan ia masih ditayangkan di seluruh dunia,” tulisnya, hari ini.

Dalam program berdurasi 25 minit, wartawan Australia, Mary Ann Jolley melaporkan dokumentari kontroversi membabitkan Altantuya yang merangkumi skandal kewangan, seks, dan konspirasi keganasan.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 dengan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan.

Penyiasatan mendapati bekas penterjemah terlibat bersama penasihat politik Najib, Abdul Razak Baginda.

Razak didakwa terlibat dengan bersubahat dalam pembunuhan, namun beliau kemudiannya dibebaskan.

Dokumentari Al Jazeera mempersoalkan sama ada dua individu yang didakwa – Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri – merupakan kambing hitam.

Jolley dikeluarkan pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun walaupun tidak didakwa dengan mana-mana jenayah, Malah, alasan turut diberikan.

Najib berkata, dokumentari itu dikeluarkan satu konspirasi terhadapnya.

Dr Mahathir berkata, Putrajaya seharusnya mengemukakan saman terhadap Al Jazeera sekiranya dokumentari itu tidak benar.

"Al Jazeera ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia, Kebanyakannya akan percaya dengan apa yang mereka saksikan.

Mengatakan ianya tidak benar mungkin meyakinkan beberapa rakyat Malaysia, tapi tidak kepada orang asing.

"Sistem kehakiman termasuk Pejabat Peguam Negara juga perlu membersihkan nama mereka terutamanya dengan pembebasan Razak Baginda dan rayuan peguam negara untuk dua anggota polis itu.

Mereka sudah berusaha dan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan," katanya.

"Rakyat Malaysia di luar negara juga kini mempersoalkan apa yang berlaku dalam negara kita, Episod baru ini tidak akan membersihkan imej negara selepas skandal sebelum ini."

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang menyeru dan bercakap sama saungkapkan diketika ja melodinya kenapa diketika perbicaraan sedang berlangsung kita menungkah arus mengatakan yang Najib tidak pernah terlibat hinggakan menuduh rakyat sendiri cuba mendahulu undang-undang negara sekarang bila sudah tidak secucuk dengan kehendak diri kita mula mencari pelbagai alasan apakah kita sudah lupa apa yang telah kita ungkapkan diketika masih berkuasa yang orang melayu mudah lupa dan kini telah balik kepada diri kita yang telah mula lupa yang najib itu adalah anak didik kita hingga sanggup melenyapkan legasi Pak Lah Badawi sampai terlelap dalam persidangan perhimpunan,ingat kata pepatah melayu jerat tidak pernak lupa pelanduk tapi secerdik-cerdik pelanduk keatas buaya terjerat jua.Fahamlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Woiii tanpa Nama di atas... apa kamu merepek haa?? baru lahir semalam ka?? Dh terang2 Najib tu byk skandal rompak, samun, salahgunakuasa & skrg kes bunuh pulak.. 1 Malaysia 1 Dunia dh tahu dh terlondeh terbongkar.. nak nafi apa kebende??? Selagi Najib tak berundur selagi tulah masalah negara tak selesai, haru biru, tonggang terbalik.. tak tahulah aku kau ni kaya raya tak terjejas langsung dgn keadaan sekeliling.. Kaya manapun kalau ekonomi negara tenat akan abis jugak duit kau kecuali kau ada stok smpi 7 keturunan, dpt derma mcm Najib..

Tanpa Nama berkata...

SEPATUTNYE PENYIASATAN SERTA MAKAMAH ANTARABANGSA PERLU MENYIASAT TENTANG KES ALTANTUYA INI.KEPINCANGAN BANYAK BERLAKU DALAM PENYIASAT INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.