Cari Blog Ini

Lagi Kapal Hilang Di Perairan Malaysia, Kali Ini Kapal Kargo Pula Hilang


Maritim Sarawak gerak aset kesan kapal hilang [gambar fail]
Semua aset laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak telah digerakkan sejak Isnin lepas bagi mengesan sebuah kapal kargo yang dipercayai hilang semasa dalam perjalanan dari pelabuhan di sini ke Limbang, Sabtu lalu.

Pegawai Perhubungan Awam APMM Wilayah Sarawak, Leftenan Madya Maritim Muhammad Hainizam Mohd Jamil berkata kehilangan itu hanya disedari pemilik kapal pada hari Isnin apabila beliau mendapati ia tidak sampai ke destinasinya mengikut jadual.

"Pemilik kapal yang berpejabat di Bintawa, dekat sini, kemudiannya membuat laporan polis, dan datang sendiri ke Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) (ibupejabat APMM di sini) untuk melaporkan kehilangan kapal yang membawa muatan barangan am itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebaik menerima laporan, semua aset APMM di tiga daerah maritim iaitu Kuching, Bintulu dan Miri telah digerakkan untuk membantu mengesan kapal berkenaan.

Muhammad Hainizam berkata Ketua Penguatkuasa APMM Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismaili Bujang Pit akan mengadakan satu sidang media petang esok di Komtas.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru

 
IdaMan - Blogger Templates, - by Templates para novo blogger Displayed on lasik Singapore eye clinic.